My bookmarksSign up free
← Land Public Transport Act 2010

Land Public Transport Act 2010 s 248

Land Public Transport Act 2010 s 248

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 248

(Deleted by Act A1574).

Malay text (authoritative)

Pelaporan kepada Menteri mengenai prestasi industri

(1) Suruhanjaya hendaklah memantau semua perkara yang ketara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat dan membuat laporan mengenainya kepada Menteri di hujung setiap tahun kewangan Suruhanjaya. (2) Dalam melaksanakan fungsinya di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa petunjuk prestasi industri yang didapati sesuai oleh Suruhanjaya. (3) Suruhanjaya hendaklah memantau dan melaporkan mengenai perkara yang berikut: (a) pengendalian dan pentadbiran Akta ini; (b) kadar yang terpakai bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat; (c) jumlah pelaburan berkenaan dengan pengangkutan awam darat semasa tahun kewangan itu; (d) pelaburan yang dikehendaki dalam pengangkutan awam darat bagi tahun yang berikutnya; (e) standard perkhidmatan dan prestasi bagi pemegang lesen dan pengendali berlesen; (f) standard alam sekitar berhubung dengan pengangkutan awam darat; (g) penjadualan kesalahan yang dilakukan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen dan pekerja mereka yang melibatkan masing-masing cara pengangkutan awam darat yang dipunyai atau digunakan oleh mereka; (h) penilaian terhadap keadaan dan tahap penyenggaraan terminal dan kemudahan, berserta dengan penyenaraian keutamaan terminal dan kemudahan itu yang disyorkan bagi peningkatan atau pembaharuan dalam tahun yang berikutnya; (i) penjadualan aduan daripada orang awam kepada Suruhanjaya mengenai apa-apa perkara yang melibatkan pengangkutan awam darat; (j) maklum balas daripada Forum Pengangkutan Awam Darat semasa tahun yang lepas mengenai apa-apa perkara yang menyentuh atau yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat; (k) apa-apa kekurangan dalam ruang lingkup atau kuat kuasa Akta ini; (l) rangka kerja persaingan bagi industri perkhidmatan pengangkutan awam darat; dan (m) apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Menteri. (4) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan suatu laporan mengenai perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (3) mengikut cara yang disifatkannya sesuai dan hendaklah menjadikan laporan itu tersedia kepada orang ramai, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, berikutan dari tarikh Suruhanjaya menyerahkan laporan itu kepada Menteri.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part XII β†’

Find Act 715 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next