My bookmarksSign up free
← Land Public Transport Act 2010

Land Public Transport Act 2010 s 3

Land Public Transport Act 2010 s 3

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 3 Fungsi Suruhanjaya berhubung dengan dasar dan perancangan bagi pengangkutan awam darat

(1) Suruhanjaya hendaklah menasihati Menteri mengenai segala perkara yang berhubungan dengan dasar dan perancangan yang berkenaan dengan pengangkutan awam darat. (2) Suruhanjaya hendaklah mencadangkan dasar dan rancangan, termasuk skim dan program yang berhubungan dengan atau yang menyentuh pengangkutan awam darat, bagi kelulusan Menteri, dan membangunkan strategi selaras dengan dasar dan rancangan yang diluluskan itu dengan tujuan untuk mencapai suatu pengangkutan awam darat yang selamat, boleh diharap, cekap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu dan lestari, sementara memastikan penyediaan perkhidmatan yang mampu dibayar bagi pembawaan penumpang dan perkhidmatan yang bersaingan bagi pembawaan barangan. (3) Tanpa menjejaskan keluasan obligasinya di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya hendaklah membangunkan, bagi kelulusan Menteri — (a) rancangan induk pengangkutan awam darat negara bagi dua puluh tahun yang mengandungi dasar dan rancangan peringkat makro, termasuk skim dan program bagi pengangkutan awam darat, seperti skim yang diperihalkan dalam perenggan 253(1)(o); dan (b) rancangan induk pengangkutan awam darat wilayah bagi dua puluh tahun yang mengandungi dasar dan rancangan, termasuk skim dan program bagi pengangkutan awam darat, berdasarkan rancangan induk yang diperihalkan dalam perenggan (a). (4) Suruhanjaya hendaklah, bagi maksud menunaikan obligasinya di bawah subseksyen (3), membangunkan rancangan induk pengangkutan awam darat negara dan wilayah yang berasingan berkenaan dengan pengangkutan penumpang awam darat dan pengangkutan barang awam darat bagi kelulusan Menteri. (5) Rancangan induk pengangkutan awam darat negara hendaklah dikaji semula oleh Suruhanjaya tiap-tiap sepuluh tahun. (6) Walau apa pun subseksyen (5), mana-mana dokumen yang diperihalkan dalam subseksyen (3) hendaklah dikaji semula oleh Suruhanjaya pada apa-apa lat tempoh atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Menteri.

Read this section in the full act →

Find Act 715 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next