s 4 Pembangunan dasar dan rancangan
Dalam membangunkan dasar dan rancangan, termasuk skim dan program yang diperihalkan dalam seksyen 3, Suruhanjaya hendaklah — (a) berunding dengan Kerajaan Negeri; (b) berunding dengan Entiti Kerajaan yang lain, jika berkenaan; (c) berunding dengan Majlis Perancangan Fizikal Negara, jika berkenaan; (d) memastikan bahawa cadangannya mematuhi secara umum Rancangan Fizikal Negara; (e) memastikan bahawa cadangannya mematuhi secara umum rancangan struktur negeri di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 yang sedang berkuat kuasa, sama ada ia telah mula berkuat kuasa atau belum; dan (f) mengambil kira — (i) dasar negara, wilayah dan negeri; dan (ii) apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang ternyata pada Suruhanjaya sebagai berkaitan atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri supaya diambil kira.