Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 64 Power of Director General of Land Public Transport to replace operator’s licence
(1) The Director General of Land Public Transport shall, in the exercise of its discretion, have the power to replace an operator’s licence to operate or provide a goods vehicle service using a class of goods vehicles with an operator’s licence to operate or provide a goods vehicle service using a different class of goods vehicles, if the Director General of Land Public Transport is satisfied that there is a need for the carriage of goods by a class of goods vehicles that is different from the class of goods vehicles authorized to be used under the operator’s licence issued under this Chapter for the purpose of—
(a) reorganizing or consolidating the goods vehicle services operated or provided by the licensed operators of different classes of goods vehicles; or
(b) reorganizing or consolidating the goods vehicle services operated or provided by the licensed operators of the same class of goods vehicles.
(2) Before replacing an operator’s licence under subsection (1), the Director General of Land Public Transport shall issue a written notice not less than one year before the proposed date of replacement to the
licensed operator stating the intention of the Director General of Land Public Transport to replace the operator’s licence.
(3) An operator’s licence replacing any operator’s licence under subsection (1) shall be effective from the date of replacement.
(4) Upon the coming into effect of the replacement operator’s licence, the operator’s licence which is replaced under subsection (1) shall be void and shall be surrendered to the Director General of Land Public Transport within fourteen days from the replacement operator’s licence taking effect.
Malay text (authoritative)
Kuasa Suruhanjaya untuk menggantikan lesen pengendali
(1) Suruhanjaya hendaklah, dalam menjalankan budi bicaranya, mempunyai kuasa untuk menggantikan suatu lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang menggunakan suatu kelas kenderaan barangan dengan lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang menggunakan kelas kenderaan barangan yang lain, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa terdapat keperluan untuk membawa barangan dengan kelas kenderaan barangan yang berlainan daripada kelas kenderaan barangan yang dibenarkan untuk digunakan di bawah lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini bagi maksud—
(a) menyusun semula atau menggabungkan perkhidmatan kenderaan barangan yang dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen daripada kelas kenderaan barangan yang berlainan; atau
(b) menyusun semula atau menggabungkan perkhidmatan kenderaan barangan yang dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen daripada kelas kenderaan barangan yang sama.
(2) Sebelum menggantikan suatu lesen pengendali di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis tidak kurang daripada satu tahun sebelum tarikh penggantian yang dicadangkan kepada pengendali berlesen itu yang menyatakan niat Suruhanjaya untuk menggantikan lesen pengendali itu.
(3) Sesuatu lesen pengendali yang menggantikan mana-mana lesen pengendali di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penggantian itu.
(4) Apabila lesen pengendali gantian itu mula berkuat kuasa, lesen pengendali yang digantikan di bawah subseksyen (1) adalah tidak sah dan hendaklah diserahkan balik kepada Suruhanjaya dalam masa empat belas hari dari mula berkuat kuasanya lesen pengendali gantian itu.
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).