Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 65 Other transport interests to be disclosed by applicant
(1) Without prejudice to section 52 or 61, any person who applies for an operator’s licence or for a variation of an operator’s licence or any of the conditions thereof shall disclose or furnish in the application form as determined by the Director General of Land Public Transport—
(a) any other licence or operator’s licence that has been issued to him under this Act;
(b) any financial interest whatsoever which he has in the business of any other person who provides services or facilities for land public transport within Peninsular Malaysia; and
(c) any such interest or right which any other person has in his business and, in the case of an applicant being a company, any right which that other person has to nominate any director of the company.
(2) Where the applicant for an operator’s licence under this Chapter fails to disclose the information required under subsection (1), he commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
Malay text (authoritative)
Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon
(1) Tanpa menjejaskan seksyen 52 atau 61, mana-mana orang yang memohon bagi suatu lesen pengendali atau bagi pengubahan suatu lesen pengendali atau mana-mana syarat lesen pengendali itu hendaklah menzahirkan atau mengemukakan dalam borang permohonan yang ditentukan oleh Suruhanjaya—
(a) mana-mana lesen atau lesen pengendali lain yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini;
(b) apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai olehnya dalam perniagaan mana-mana orang lain yang mengadakan perkhidmatan atau kemudahan bagi pengangkutan awam darat di dalam Semenanjung Malaysia; dan
(c) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaannya dan, dalam hal pemohon yang merupakan suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang yang lain itu untuk menamakan manamana pengarah syarikat itu.
(2) Jika pemohon bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini tidak menzahirkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).