Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 72 Duty of licensee and licensed operator to inform Director General of Land Public Transport
(1) It shall be the duty of every licensee and licensed operator under this Part, at all times, to inform the Director General of Land Public Transport immediately of the following matters:
(a) any proceedings or claims instituted or made against the licensee or licensed operator which might have an adverse effect on its or his financial condition or on its or his ability to perform any condition under the licence or operator’s licence; and
(b) any reprimands or fines imposed on the licensee or licensed operator under any written law.
(2) It shall further be the duty of every licensee and licensed operator under this Part to supply when so requested by the Director General of Land Public Transport, within a period of time as shall be determined by the Director General of Land Public Transport, particulars—
(a) of any agreement or arrangement affecting in any material respect the provision of facilities for the conveyance of tourists, carriage of goods or transport of passengers, as the case may be, made by the licensee or licensed operator with any other person by whom such facilities are provided, whether within or outside Peninsular Malaysia;
(b) of any financial interest whatsoever which any other person has in the business of the licensee or licensed operator, and in the case of the licensee or licensed operator being a company, of any right which that other person has to nominate any director of the company; and
(c) of any interest or right which the licensee or licensed operator has in the business of any other person who provides facilities for the conveyance of tourists, carriage of goods or transport of passengers, as the case may be, within Peninsular Malaysia.
(3) It shall be the duty of every licensee and licensed operator, at all times, to inform the Director General of Land Public Transport immediately of the following matters:
(a) any change in the control of the licensee or licensed operator; and
(b) any industrial dispute between the licensee or licensed operator and its or his employees.
(4) For the purposes of subsection (3)—
“control”, in relation to a licensee or licensed operator, means having the power, directly or indirectly, to direct the management and policy of the licensee or licensed operator;
“goods vehicle service” means a goods vehicle service provided by any person carrying on as his principal business, a business of carriage of goods for any third party for hire or reward by means of a goods vehicle;
“public service vehicle service” does not include a public service vehicle service involving the use of any employees buses.
(5) A licensee who fails to comply with subsection (1), (2) or (3) or all of these subsections commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
(6) A licensed operator who fails to comply with subsection (1), (2) or (3) or all of these subsections commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
Malay text (authoritative)
Kewajipan pemegang lesen dan pengendali berlesen untuk memberitahu Suruhanjaya
(1) Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen di bawah Bahagian ini, pada setiap masa, untuk memberitahu Suruhanjaya dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:
(a) apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen atau pengendali berlesen itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk terhadap keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen atau lesen pengendali itu; dan
(b) apa-apa celaan atau denda yang dikenakan terhadap pemegang lesen atau pengendali berlesen itu oleh mana-mana Entiti Kerajaan.
(2) Menjadi kewajipan selanjutnya tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen di bawah Bahagian ini untuk memberikan apabila diminta oleh Suruhanjaya, dalam tempoh masa yang ditentukan oleh Suruhanjaya, butir-butir—
(a) mengenai apa-apa perjanjian atau perkiraan yang menyentuh dalam apa-apa hal material penyediaan kemudahan bagi pengangkutan pelancong, pembawaan barangan atau pengangkutan penumpang, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan mana-mana orang lain yang olehnya kemudahan sedemikian disediakan, sama ada di dalam atau di luar Semenanjung Malaysia;
(b) mengenai apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, dan dalam hal pemegang lesen atau pengendali berlesen itu yang merupakan suatu syarikat, mengenai apa-apa hak yang dipunyai oleh orang
yang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu; dan
(c) mengenai apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan bagi pengangkutan pelancong, pembawaan barangan atau pengangkutan penumpang, mengikut mana-mana yang berkenaan, di dalam Semenanjung Malaysia.
(3) Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen, pada setiap masa, untuk memberitahu Suruhanjaya dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:
(a) apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu; dan
(b) apa-apa pertikaian perindustrian antara pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan pekerjanya.
(4) Bagi maksud subseksyen (3) —
“kawalan”, berhubungan dengan seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen atau pengendali berlesen itu;
“perkhidmatan kenderaan barangan” ertinya suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang diadakan oleh mana-mana orang yang menjalankan sebagai perniagaan utamanya, suatu perniagaan membawa barangan untuk mana-mana pihak ketiga untuk sewa atau upah dengan menggunakan suatu kenderaan barangan;
“perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam” tidak termasuk suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang melibatkan penggunaan mana-mana bas pekerja.
(5) Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (3) atau kesemua subseksyen itu melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(6) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (3) atau kesemua subseksyen itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).