Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 80 Power to seize relevant vehicle for certain offences
(1) Any relevant vehicle in respect of which there has been or there is reasonable cause to suspect that there has been committed any offence against section 16, 28, 36, 46, 51 or 63, subsection 22(3), 41(3) or 57(3), or paragraph 23(1)(b), 42(1)(b) or 58(1)(b) may be seized by any police officer not below the rank of Inspector, road transport officer or land public transport officer, at any place.
(2) When a relevant vehicle has been seized under subsection (1), a police officer not below the rank of Inspector, a road transport officer or a land public transport officer, may, at his discretion, temporarily return such vehicle to the owner of the same, on security being furnished to the satisfaction of such officer that the vehicle shall be surrendered to him on demand.
(3) An order for the forfeiture or for the release of any relevant vehicle seized under subsection (1) shall be made by the court before which the prosecution with regard thereto has been held.
(4) An order for the forfeiture of a relevant vehicle under subsection (3) shall be made if it is proved to the satisfaction of the court that an offence against any of the provisions referred to under subsection (1) has been committed and that the vehicle was the subject matter of the offence, notwithstanding that no person may have been convicted of such an offence.
(5) If there is no prosecution with regard to any relevant vehicle seized under subsection (1), such vehicle shall be released at the expiration of one calendar month from the date of seizure unless it has sooner been released.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan bagi kesalahan tertentu
(1) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai dilantik, di mana-mana tempat.
(2) Apabila suatu kenderaan yang berkaitan telah disita di bawah subseksyen (1), seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, seorang pegawai pengangkutan jalan atau seorang pegawai dilantik, boleh, mengikut budi bicaranya, mengembalikan kenderaan itu secara sementara kepada pemunyanya, apabila jaminan yang memuaskan hati pegawai itu diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepada pegawai itu apabila diminta.
(3) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berkaitan dengan perkara itu telah dilakukan.
(4) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(5) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan sebelum itu.
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).