My bookmarksSign up free
← Land Public Transport Act 2010

Land Public Transport Act 2010 First Schedule

Land Public Transport Act 2010 First Schedule

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

First Schedule FIRST SCHEDULESupplementary

[Section 2] CLASSES OF PUBLIC SERVICE VEHICLES Interpretation 1. In this Schedule— “bus” means a motor vehicle having a seating capacity of not less than eight persons (including the driver); “stage bus” means a bus plying along a route approved by the Director General of Land Public Transport for the carriage of passengers on a service which contains fare stages, with a separate fare, timetable and schedule of fares for each fare stage; “charter bus” means a bus which is hired as a whole for a single journey for which payment is made to the owner by the person hiring the bus; “express bus” means a bus plying along the route approved by the Director General of Land Public Transport, with a timetable and fare table, for the carriage of passengers at separate fares on a service which contains no fare stages of less than thirty-two kilometres; “mini bus” means a bus having a seating capacity of not more than twenty-six persons (including the driver) used for the carriage of passengers at separate fares; “employees bus” means a bus used for the conveyance of workers in any industry to and from their work place and otherwise; “feeder bus” means a bus which has no fare stages used for the carriage of passengers on a round trip at separate fares from a fixed base for a distance within a radius of not more than seven kilometres; “school bus” means a bus used exclusively for the conveyance of pupils or staff of schools or other educational institutions; “taxi cab” means a motor vehicle having a seating capacity of not more than six persons (including the driver) used for carrying persons on any journey in consideration of a single fare; “airport taxi cab” means a motor vehicle having a seating capacity of not more than seven persons used exclusively for the carriage of persons to and from the airport in consideration of a payment and operated from a fixed base or in an authorized area; “limousine taxi cab” means a motor vehicle having a seating capacity of not more than seven persons (including the driver) and operating from a fixed base or in an authorized area in consideration of a single payment; “hire car” means a motor vehicle having a seating capacity of not more than six persons or, in areas approved by the Director General of Land Public Transport, twelve persons (in all cases including the driver) used for carrying persons on one journey in consideration of separate payments made by them; “hire and drive car” means a motor vehicle let on hire for the purpose of being driven by the hirer or his nominee; “e-hailing vehicle” means a motor vehicle having a seating capacity of four persons and not more than eleven persons (including the driver) used for the carriage of persons on any journey in consideration of a single or separate fares for each of them, in which the arrangement, booking or transaction, and the fare for such journey are facilitated through an electronic mobile application provided by an intermediation business. Classes of public service vehicles 2. For the purposes of this Act, public service vehicles shall be categorised into the following classes: (a) stage buses; (b) charter buses; (c) express buses; (d) mini buses; (e) employees buses; (f) feeder buses; (g) school buses; (h) airport buses; (i) hire cars; (j) hire and drive cars; (k) taxi cabs; (l) airport taxi cabs; (m) limousine taxi cabs; and (n) e-hailing vehicle.

Malay text (authoritative)

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 2] KELAS KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM Tafsiran 1. Dalam Jadual ini — “bas” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak kurang daripada lapan orang (termasuk pemandu); “bas berhenti-henti” ertinya suatu bas yang berulang-alik sepanjang laluan yang diluluskan oleh Suruhanjaya untuk membawa penumpang pada suatu perkhidmatan yang mengandungi peringkat tambang, dengan tambang, jadual waktu dan jadual tambang yang berasingan bagi setiap peringkat tambang; “bas carter” ertinya suatu bas yang disewa secara keseluruhan bagi satu perjalanan yang bayarannya dibuat kepada pemunya oleh orang yang menyewa bas itu; “bas ekspres” ertinya suatu bas yang berulang-alik sepanjang laluan yang diluluskan oleh Suruhanjaya, dengan jadual waktu dan jadual tambang, untuk membawa penumpang mengikut tambang yang berasingan pada suatu perkhidmatan yang tidak mengandungi peringkat tambang yang jaraknya kurang daripada tiga puluh dua kilometer; “bas mini” ertinya suatu bas yang muatan duduknya tidak melebihi dua puluh enam orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa penumpang dengan tambang berasingan; “bas pekerja” ertinya suatu bas yang digunakan untuk mengangkut pekerja dalam mana-mana industri ke dan dari tempat kerja mereka dan sebaliknya; “bas pengantara” ertinya suatu bas yang tidak mempunyai peringkat tambang yang digunakan untuk membawa penumpang pada suatu perjalanan pusingan mengikut tambang yang berasingan dari suatu pangkalan tetap dalam jarak yang lingkungannya tidak melebihi tujuh kilometer; “bas sekolah” ertinya suatu bas yang digunakan semata-mata untuk membawa murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan yang lain; “teksi” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi satu tambang; “teksi lapangan terbang” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang yang digunakan semata-mata untuk membawa orang ke dan dari lapangan terbang sebagai balasan bagi suatu bayaran dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan; “teksi mewah” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang (termasuk pemandu) dan beroperasi dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan sebagai balasan bagi satu bayaran; “kereta sewa” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang atau, dalam kawasan yang diluluskan oleh Suruhanjaya, dua belas orang (dalam semua keadaan termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam satu perjalanan sebagai balasan bagi bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka; “kereta sewa dan pandu” ertinya suatu kenderaan motor yang disewakan bagi maksud untuk dipandu oleh penyewa atau penamanya;. “kenderaan e-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya empat orang dan tidak lebih daripada sebelas orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau tambang berasingan bagi setiap satunya, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan. Kelas kenderaan perkhidmatan awam 2. Bagi maksud Akta ini, kenderaan perkhidmatan awam hendaklah dikategorikan kepada kelas yang berikut: (a) bas berhenti-henti; (b) bas carter; (c) bas ekspres; (d) bas mini; (e) bas pekerja; (f) bas pengantara; (g) bas sekolah; (h) bas lapangan terbang; (i) kereta sewa; (j) kereta sewa dan pandu; (k) teksi; (l) teksi lapangan terbang; (m) teksi mewah; dan (n) kenderaan e-hailing.

Read this section in the full act →

Find Act 715 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next