My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 14

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 14

s 14 Disqualifications and termination of directors of Board

(1) No person shall be appointed or shall remain as a director of the Board who is— (a) a member of the Dewan Negara or Dewan Rakyat or any Legislative Assembly; (b) an officer of a member institution; or (c) an office bearer of, or any person who holds any similar office or position in a political party. (1A) For the purposes of paragraph (1)(c), “office bearer” means any person who is the president or vice-president, or secretary or treasurer of a political party or any branch of such political party, or who is a member of the committee or a member of the governing body of a political party or any branch of such political party or who holds in a political party or any branch of such political party any office or position, by whatever name called, which is analogous to any of those mentioned above or in respect of which the person exercises management or control of the affairs of the political party or any branch of such political party. (2) The Minister may terminate or suspend the appointment of any director if— (a) he becomes of unsound mind or otherwise becomes incapable of carrying out his duties; (b) there has been imposed on the director any form of restriction or supervision by bond or otherwise, under any law relating to prevention of crime, or to preventive detention for prevention of crime or drug trafficking, or to restricted residence, or to banishment or immigration; (c) he becomes a bankrupt, suspends payment or compounds with his creditors; (d) he has been charged for a criminal offence under any law punishable with imprisonment, whether by itself, or in lieu of, or in addition to, a fine, in any court in or outside Malaysia; (e) he is guilty of serious misconduct in relation to his duties under this Act; or (f) he is absent, except on leave granted by the Minister in the case of the Chairman or by the Chairman in the case of any other director, from two of the meetings of the Board in any period of twelve months. (3) Notwithstanding subsection (2), any director appointed by the Minister under subsection 11(2) may at any time resign his office by giving a written notice of not less than thirty days to the Minister.

Malay text (authoritative)

Kehilangan kelayakan dan penamatan pengarah Lembaga

(1) Tiada seorang pun boleh dilantik atau dikekalkan, sebagai seorang pengarah Lembaga jika orang itu merupakan— (a) seorang ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Perundangan; (b) seorang pegawai sesuatu institusi anggota; atau (c) seorang pemegang jawatan, atau mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan atau kedudukan yang seumpamanya dalam sesuatu parti politik. (1A) Bagi maksud perenggan (1)(c), “pemegang jawatan” ertinya mana-mana orang yang merupakan presiden atau naib presiden, atau setiausaha atau bendahari bagi suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu, atau yang merupakan seorang anggota jawatankuasa atau anggota badan pengelolaan suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu atau yang memegang apa-apa jawatan atau kedudukan dalam suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, yang sama dengan mana-mana yang disebut di atas atau yang berkenaan dengannya orang itu menjalankan pengurusan atau kawalan bagi hal ehwal parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu. (2) Menteri boleh menamatkan atau menggantung pelantikan mana-mana pengarah jika— (a) dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya; (b) telah dikenakan ke atas pengarah itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, atau tahanan pencegahan bagi pencegahan jenayah atau pengedaran dadah, atau kediaman terhad, atau buang negeri atau imigresen; (c) dia menjadi seorang bankrap, menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya; (d) dia telah dipertuduh atas suatu kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang yang boleh dihukum pemenjaraan, sama ada hukuman pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, suatu denda, dalam mana-mana mahkamah di dalam atau di luar Malaysia; (e) dia bersalah kerana salah laku yang serius berhubungan dengan kewajipanya di bawah Akta ini; atau (f) dia tidak menghadiri, kecuali atas sebab cuti yang dibenarkan oleh Menteri dalam hal Pengerusi atau oleh Pengerusi dalam hal mana-mana pengarah lain, dua mesyuarat Lembaga dalam mana-mana tempoh dua belas bulan. (3) Walau apa pun subseksyen (2), mana-mana pengarah yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 11(2) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari kepada Menteri.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next