My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 142B

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 142B

s 142B Priority of payments in winding up of insurance company

(1) In the winding up of an insurance company, the assets of an insurance fund shall be applied to meet its liabilities to policy owners and claimants under policies of that fund and these liabilities shall have priority over unsecured liabilities of that fund, other than preferential debts set out in subsection 527(1) of the Companies Act 2016 and debts due and claims owing to the Government under section 10 of the Government Proceedings Act 1956, to the extent that they are apportioned to the insurance fund. (2) Subject to subsection (1)— (a) the assets of an insurance fund as established under the Financial Services Act 2013 shall first be applied to meet the liabilities of that fund; (b) where the assets of an insurance fund, other than a life fund relating to participating life policies, exceed its liabilities, the surplus assets may be applied to meet the liabilities of its other insurance funds which are deficient and if the surplus assets of two or more insurance funds are applied, the surplus assets shall be applied proportionately to the amounts of the surpluses and if the surplus assets are applied to meet the liabilities of two or more insurance funds which are in deficit, the surplus assets shall be applied proportionately to the amounts of the deficiencies; (c) any deficiency subsisting after application of the assets of the insurance funds under paragraphs (a) and (b) shall be met out of the assets of the shareholders’ funds, and unsatisfied liabilities to a policy owner and claimant under a policy shall have priority over other unsecured liabilities other than preferential debts specified under subsection 527(1) of the Companies Act 2016 and debts due and claims owing to the Government under section 10 of the Government Proceedings Act 1956; and (d) any other assets held by the insurance company, including surplus assets in a life fund relating to participating life policies, shall be used in a manner as may be prescribed by the Corporation.

Malay text (authoritative)

Keutamaan pembayaran dalam penggulungan syarikat insurans

(1) Dalam penggulungan syarikat insurans, aset suatu kumpulan wang insurans hendaklah digunakan untuk menunaikan liabilitinya kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah polisi kumpulan wang itu dan liabiliti ini hendaklah mempunyai keutamaan atas liabiliti tidak bercagar kumpulan wang itu, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956, setakat yang ia dikadarkan kepada kumpulan wang insurans. (2) Tertakluk pada subseksyen (1)— (a) aset suatu kumpulan wang insurans yang ditubuhkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 hendaklah digunakan pertamanya untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang itu; (b) jika aset suatu kumpulan wang insurans, selain suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, melebihi liabilitinya, lebihan aset itu boleh digunakan untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang insuransnya yang lain yang tidak mencukupi dan sekiranya lebihan aset bagi dua atau lebih kumpulan wang insurans digunakan, lebihan aset itu hendaklah digunakan mengikut kadar atas amaun lebihan itu dan sekiranya lebihan aset itu digunakan untuk menunaikan liabiliti dua atau lebih kumpulan wang insurans yang tidak mencukupi, lebihan aset itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu; (c) apa-apa ketidakcukupan yang masih ada selepas penggunaan aset kumpulan wang insurans di bawah perenggan (a) dan (b) hendaklah ditunaikan daripada aset kumpulan wang pemegang syer, dan liabiliti yang tidak dipenuhi kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah suatu polisi hendaklah mempunyai keutamaan atas liabiliti tidak bercagar yang lain selain hutang keutamaan yang dinyatakan di bawah subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956; dan (d) apa-apa aset lain yang dipegang oleh syarikat insurans itu, termasuk lebihan aset dalam suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, hendaklah digunakan dengan cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 5 →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next