Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 146
Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 146
s 146 Stabilisation coverage order
(1) For the purpose of protecting and promoting or maintaining the stability of the financial system and promoting or maintaining public confidence, the Corporation is authorized to provide a stabilisation coverage.
(2) A stabilisation coverage shall be subject to an order prescribed by the Minister upon consultation with the Corporation and Bank
Negara Malaysia (referred to in this Part as “stabilisation coverage order”).
(3) Notwithstanding anything to the contrary contained in this Act, the stabilisation coverage order may provide for one or more of the following:
(a) the insurance of a deposit to a greater maximum limit than otherwise applies in section 42;
(b) the protection of a protected takaful or insurance benefit to a greater maximum amount than otherwise applies under section 69;
(c) the insurance, in whole or in part, of any liability or financial instrument of a deposit-taking member that otherwise is not insured in consequence of the application of subsubparagraphs 41(a)(A) to (F) or the provisions of paragraph 46(a);
(d) the protection, in whole or in part, of a takaful or insurance benefit under a certificate or policy by an insurer member that otherwise is not a protected takaful or insurance benefit within the meaning of this Act;
(e) the insurance, in whole or in part, of any liability or financial instrument of a prescribed person that is of the same or similar nature as a type of liability or financial instrument of a deposit-taking member whether included in or excluded from the definition of “deposit” in section 41 or the provisions of paragraph 46(a); and
(f) the protection, in whole or in part, of any obligation of a prescribed person that is of the same nature as or is similar in nature to a type of benefit offered by insurer members, whether or not it otherwise is a takaful or an insurance benefit within the meaning of this Act.
(4) A stabilisation coverage order shall be temporary in nature and shall have effect for the duration of the period as may be prescribed in such order.
(5) For the purpose set out in subsection (1), the Minister may, upon consultation with the Corporation and Bank Negara Malaysia, by order published in the Gazette, amend a stabilisation coverage order including to vary the duration of the stabilisation coverage order.
Malay text (authoritative)
Perintah perlindungan penstabilan
(1) Bagi maksud melindungi dan menggalakkan atau mengekalkan kestabilan sistem kewangan dan menggalakkan atau mengekalkan keyakinan orang awam, Perbadanan diberi kuasa untuk memperuntukkan perlindungan penstabilan.
(2) Suatu perlindungan penstabilan adalah tertakluk pada perintah perlindungan penstabilan yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Perbadanan dan Bank Negara Malaysia (disebut “perintah perlindungan penstabilan” dalam Bahagian ini).
(3) Walau apa pun apa-apa yang bertentangan yang terkandung dalam Akta ini, perintah perlindungan penstabilan boleh memperuntukkan satu atau lebih yang berikut:
(a) insurans bagi suatu deposit pada suatu had maksimum yang lebih besar daripada yang selainnya terpakai dalam seksyen 42;
(b) perlindungan bagi suatu manfaat takaful atau insurans dilindungi pada suatu amaun maksimum yang lebih besar daripada yang selainnya terpakai dalam seksyen 69;
(c) insurans, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, terhadap apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan suatu anggota penerima deposit yang selainnya tidak diinsuranskan berbangkit daripada pemakaian
subsubperenggan 41(a)(A) hingga (F) atau peruntukan perenggan 46(a);
(d) perlindungan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, terhadap suatu manfaat takaful atau insurans di bawah suatu sijil atau polisi yang dikeluarkan oleh suatu anggota penanggung insurans yang selainnya bukan suatu manfaat takaful atau insurans dilindungi dalam pengertian Akta ini;
(e) insurans, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, terhadap apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan suatu orang yang ditetapkan yang sama atau serupa jenisnya dengan jenis liabiliti atau surat cara kewangan suatu anggota penerima deposit, sama ada termasuk atau tidak termasuk dalam takrif “deposit” dalam seksyen 41 atau peruntukan perenggan 46(a); dan
(f) perlindungan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, terhadap apa-apa obligasi orang yang ditetapkan yang sama atau serupa jenisnya dengan suatu jenis manfaat yang ditawarkan oleh anggota penanggung insurans, sama ada atau tidak ia selainnya ialah suatu manfaat takaful atau insurans dalam pengertian Akta ini.
(4) Suatu perintah perlindungan penstabilan hendaklah bersifat sementara dan hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh yang ditetapkan dalam perintah itu.
(5) Bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Menteri boleh, selepas berunding dengan Perbadanan dan Bank Negara Malaysia, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda perintah perlindungan penstabilan termasuk mengubah tempoh perintah perlindungan penstabilan.
Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).