My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 161

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 161

s 161 Power to appoint conservator and additional conservators, etc.

(1) For the purposes of this Act, the Corporation may appoint a conservator to administer an affected person if it is satisfied that— (a) the primary affected person— (i) is unable or likely to be unable to pay its debts; or (ii) is unable or likely to be unable to fulfil its obligations to its creditors; (b) the survival of the primary affected person and the whole or any part of its assets as a going concern may be achieved; (c) a more advantageous realisation of the assets of the primary affected person may be achieved than a winding up; or (d) the appointment may achieve a more advantageous realisation or a more expeditious settlement of a duty or liability owed by any person to the Corporation or any subsidiary of the Corporation, whether present or future, or whether vested or contingent. (2) The Corporation may appoint one or more conservators over the affected person. (3) The Corporation may at any time after the appointment of any conservator under subsection (2) appoint additional conservators and may, at any time, terminate any existing conservator and appoint a new conservator to replace him. (4) Nothing in subsection (3) shall be taken to terminate the administration of any affected person unless so terminated by the Corporation. (5) Any decision of the Corporation relating to the appointment of a conservator, an additional conservator, termination of any existing conservator and the appointment of a new conservator in his stead, shall be final and binding. (6) A conservator, in exercising its powers under this Part, shall not be required to notify or obtain the approval of shareholders or creditors of the affected person in a general meeting or otherwise notwithstanding any rule of law, contract or anything in any law including the Companies Act 2016 or anything in the constituent documents of the affected person. (7) Any person who contravenes— (a) section 173 or 177; or (b) subsection 170(1), 174(1), 175(2), 176(1), 179(1) or 183(1), commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk melantik konservator dan konservator tambahan, dsb.

(1) Bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh melantik seorang konservator untuk mentadbirkan orang terjejas jika ia berpuas hati bahawa— (a) orang terjejas utama— (i) tidak berupaya atau berkemungkinan tidak berupaya untuk membayar hutangnya; atau (ii) tidak berupaya atau berkemungkinan tidak berupaya untuk memenuhi obligasinya kepada pemiutangnya; (b) kemandirian orang terjejas utama dan keseluruhan atau mana-mana bahagian asetnya sebagai usaha berterusan boleh tercapai; (c) penghasilan yang lebih menguntungkan akan aset orang terjejas utama boleh dicapai selain suatu penggulungan; atau (d) pelantikan itu boleh mencapai penghasilan yang lebih menguntungkan atau suatu penyelesaian yang lebih cepat akan suatu kewajipan atau liabiliti yang terhutang oleh mana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen. (2) Perbadanan boleh melantik seorang konservator atau lebih bagi orang terjejas. (3) Perbadanan boleh pada bila-bila masa selepas pelantikan mana-mana konservator di bawah subseksyen (2) melantik konservator tambahan dan boleh, pada bila-bila masa, menamatkan mana-mana konservator sedia ada dan melantik seorang konservator baru untuk menggantikannya. (4) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) boleh dikira sebagai menamatkan pentadbiran mana-mana orang terjejas melainkan jika ditamatkan sedemikian oleh Perbadanan. (5) Apa-apa keputusan Perbadanan yang berhubungan dengan pelantikan seorang konservator, seorang konservator tambahan, penamatan mana-mana konservator sedia ada dan pelantikan seorang konservator baru bagi menggantikannya, adalah muktamad dan mengikat. (6) Seorang konservator, dalam menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini, tidak dikehendaki untuk memberitahu atau mendapatkan kelulusan pemegang syer atau pemiutang orang terjejas dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya walau apa pun apa-apa rukun undang-undang, kontrak atau apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang termasuk Akta Syarikat 2016 atau apa-apa jua dalam dokumen konstituen orang terjejas itu. (7) Mana-mana orang yang melanggar— (a) seksyen 173 atau 177; atau (b) subseksyen 170(1), 174(1), 175(2), 176(1), 179(1) atau 183(1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next