My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 178

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 178

s 178 Disclaimer

(1) Subject to subsection (3), where any part of the asset of the affected person consists of— (a) any interest in land which is burdened with onerous covenants; (b) shares in corporations; (c) unprofitable contracts; or (d) any other asset that is not saleable or not readily saleable, by reason of its binding the possessor thereof to the performance of any onerous act or to the payment of any sum of money, the conservator may within twelve months after he becomes aware of any of the abovementioned asset, disclaim any such asset. (2) The rights of any person affected by the conservator pursuant to the exercise of his power to disclaim under subsection (1) shall be dealt with in the manner set out in the proposal and any compensation to such person shall rank as an unsecured debt. (3) The conservator may not exercise his power under subsection (1) to disclaim any market contract. (4) For the purpose of subsection (3), a “market contract” has the same meaning as defined in the Capital Markets and Services Act 2007 and shall include futures contracts traded on derivatives market that are cleared through an approved clearing house.

Malay text (authoritative)

Penafian tuntutan

(1) Tertakluk pada subseksyen (3), jika mana-mana bahagian aset orang terjejas terdiri daripada— (a) apa-apa kepentingan dalam tanah yang mengandungi waad yang membebankan; (b) syer dalam perbadanan; (c) kontrak yang tidak menguntungkan; atau (d) apa-apa aset lain yang tidak boleh dijual atau tidak sedia untuk dijual, oleh sebab ia mengikat pemiliknya kepada pelaksanaan apa-apa tindakan yang membebankan atau kepada pembayaran apa-apa jumlah wang, konservator boleh dalam tempoh dua belas bulan selepas dia menyedari akan mana-mana aset yang tersebut di atas, menafikan tuntutan mana-mana aset sedemikian. (2) Hak mana-mana orang yang terjejas oleh konservator menurut penjalanan kuasanya untuk menafikan tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah diuruskan mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu dan apa-apa pampasan kepada orang itu hendaklah ditarafkan sebagai suatu hutang tidak bercagar. (3) Konservator boleh tidak menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) untuk menafikan tuntutan apa-apa kontrak pasaran. (4) Bagi maksud subseksyen (3), suatu “kontrak pasaran” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan hendaklah termasuk kontrak niaga hadapan yang diniagakan dalam pasaran derivatif yang dijelaskan melalui suatu pusat penjelasan yang diluluskan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next