s 186 Implementation of proposal
(1) Subject to sections 185, 187 and 188, the conservator shall implement the proposal in accordance with its terms.
(2) The conservator shall—
(a) within fourteen days from the date of the approval of the proposal by the secured creditors of the affected person under section 185;
(b) where there are no secured creditors known to the conservator, within fourteen days from the date of the approval of the proposal by the Corporation under subsection 184(4); or
(c) within fourteen days from the date of the approval of the proposal under subsection 184(4),
cause to be published in at least two daily newspapers in Malaysia, one of which shall be in the national language, the approval of the proposal and the time and place for any creditor of the affected person to examine the details of the proposal.
(3) Notwithstanding the provisions of any law or contract, a proposal approved or modified under this Act may be implemented, and the conservator shall have the power to implement and do all things necessary to fully and effectively carry out and give effect to the proposal or any part of the proposal without the need for any notice to or approval or consent of any shareholder, creditor of the affected person or any other person affected by the proposal or approval of or confirmation by a court, and any such notice, approval, consent or confirmation, whether required under any law, contract or otherwise, shall be deemed to have been duly given or obtained.
(4) Where any part of the asset of the affected person is subject to the rights of the secured creditors or any other person and a proposal has been approved under this Act, the conservator shall be entitled to deal with such asset in the manner set out in the proposal.
(5) The conservator shall apply all proceeds realized in the implementation of the proposal in the manner set out in the proposal.
(6) Where a conservator transfers assets or liabilities pursuant to a proposal, then those assets shall be transferred to and vest in, and those liabilities shall be transferred to and become the liabilities of, the transferee, free in the case of any particular asset if the proposal so directs, from any charge, caveat or other encumbrance.
(7) Notwithstanding anything to the contrary in any law, the Corporation or its subsidiary may acquire any asset of or securities issued by, the affected person.
(8) Notwithstanding anything to the contrary in any law, the conservator shall have the power to do all things necessary to give effect to and to implement the proposal approved in accordance with sections 184 and 185 or modified in accordance with section 187.
(9) Where a proposal affects the share capital of the affected person, the conservator shall within fourteen days after the approval of the proposal in accordance with this Part, notify the Registrar of Companies of how the proposal affects the share capital of the affected person.
(10) A notice under subsection (9) shall be in such form as prescribed under the Companies Act 2016.
(11) Upon lodgement of a notice under subsection (9), all the requirements under the Companies Act 2016 or any other law with respect to changes in share capital of the affected person shall be deemed to have been complied with and, with effect from the date set out in the proposal, the share capital of the affected person shall be as stated in the notice.
(12) On the lodging of the notice under subsection (9), the particulars shown in the notice shall be deemed to be substituted for the corresponding particulars in the constituent documents of the affected person.
Malay text (authoritative)
Pelaksanaan cadangan
(1) Tertakluk pada seksyen 185, 187 dan 188, konservator hendaklah melaksanakan cadangan itu mengikut termanya.
(2) Konservator hendaklah—
(a) dalam tempoh empat belas hari dari tarikh kelulusan cadangan itu oleh pemiutang bercagar orang terjejas di bawah seksyen 185;
(b) jika tiada pemiutang bercagar yang diketahui oleh konservator, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh kelulusan cadangan itu oleh Perbadanan di bawah subseksyen 184(4); atau
(c) dalam tempoh empat belas hari dari tarikh kelulusan cadangan di bawah subseksyen 184(4),
menyebabkan disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan, kelulusan cadangan itu dan masa serta tempat bagi manamana pemiutang orang terjejas untuk memeriksa butiran mengenai cadangan itu.
(3) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang atau kontrak, suatu cadangan yang diluluskan atau diubahsuaikan di bawah Akta ini boleh dilaksanakan, dan konservator hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan dan melakukan segala benda yang perlu untuk menjalankan dan melaksanakan dengan sepenuhnya dan secara berkesan cadangan atau mana-mana bahagian cadangan itu tanpa memerlukan apa-apa notis kepada atau kelulusan atau persetujuan mana-mana pemegang syer, pemiutang orang terjejas atau mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu atau kelulusan atau pengesahan oleh mahkamah, dan apa-apa notis, kelulusan, persetujuan atau pengesahan sedemikian, sama ada dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, kontrak atau selainnya, hendaklah disifatkan sebagai telah diberikan atau didapati dengan sewajarnya.
(4) Jika mana-mana bahagian aset orang terjejas adalah tertakluk pada hak pemiutang bercagar atau mana-mana orang lain dan suatu cadangan telah diluluskan di bawah Akta ini, konservator berhak untuk menguruskan aset sedemikian mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu.
(5) Konservator hendaklah menggunakan semua hasil terealisasi dalam pelaksanaan cadangan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu.
(6) Jika seorang konservator memindahmilikkan aset atau liabiliti menurut suatu cadangan, maka aset itu hendaklah dipindahmilikkan dan diletak hak pada, dan liabiliti itu hendaklah dipindahmilikkan kepada dan menjadi liabiliti, penerima pindah milik, bebas dalam hal mana-mana aset tertentu jika cadangan itu mengarahkan sedemikian, daripada mana-mana gadaian, kaveat atau bebanan lain.
(7) Walau apa pun apa-apa yang bertentangan dalam mana-mana undang-undang, Perbadanan atau subsidiarinya boleh memperoleh mana-mana aset atau sekuriti yang dikeluarkan oleh, orang terjejas.
(8) Walau apa pun apa-apa yang bertentangan dalam mana-mana undang-undang, konservator hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu untuk memberi kesan kepada dan untuk melaksanakan cadangan yang diluluskan mengikut seksyen 184 dan 185 atau diubahsuaikan mengikut seksyen 187.
(9) Jika suatu cadangan memberi kesan kepada modal syer orang terjejas, konservator hendaklah dalam tempoh empat belas hari selepas cadangan itu diluluskan mengikut Bahagian ini, memberitahu Pendaftar Syarikat bagaimana cadangan itu menjejaskan modal syer orang terjejas.
(10) Suatu notis di bawah subseksyen (9) hendaklah dalam borang sebagaimana yang ditetapkan di bawahAkta Syarikat 2016.
(11) Apabila suatu notis diserahkan di bawah subseksyen (9), kesemua kehendak di bawah Akta Syarikat 2016 atau mana-mana undang-undang lain yang berkenaan dengan perubahan dalam modal syer orang terjejas hendaklah disifatkan telah dipatuhi dan, berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam cadangan itu, modal syer orang terjejas hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
(12) Dengan serahan notis di bawah subseksyen (9), butiran yang ditunjukkan dalam notis itu hendaklah disifatkan sebagai menggantikan butiran yang bersamaan dengannya dalam dokumen konstituen orang terjejas.
Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).