s 207 Immunity
(1) No action, suit, prosecution or proceeding whatsoever shall lie or be brought, instituted or maintained in any court, tribunal or before any other authority againstβ
(a) the Government of Malaysia or a State Government;
(b) the Minister;
(c) the Corporation;
(d) Bank Negara Malaysia;
(e) any director, officer or employee of any such Government, Corporation or Bank Negara Malaysia, either personally or in their official capacity;
(f) any appointed person under paragraph 99(1)(c), any receiver, manager, receiver and manager, liquidator or conservator appointed pursuant to this Act, the Assessor Committee or any member of the Assessor Committee;
(g) any director, officer, employee of a bridge institution or any wholly owned subsidiary of the Corporation; or
(h) any person lawfully acting on behalf of any such Government, Corporation, Bank Negara Malaysia or any such director, officer or employee, either personally or in his capacity as a person acting as such,
for or on account of, or in respect of, any act done or statement made or omitted to be done or made, or purporting to be done or made or omitted to be done or made, in pursuance or in execution of, or intended pursuance or execution of, this Act, or any order in writing, direction, instruction, notice or other thing whatsoever issued under this Act:
Provided that such act or statement was done or made, or was omitted to be done or made, in good faith.
(2) The act or statement referred to in the proviso of subsection (1) shall be deemed, unless proven otherwise, to be done or made, or omitted to be done or made, in good faith.
(3) In any event but subject to subsection (4), any action, suit or proceeding by any person under this Act shall be limited only to a claim for damages for any loss suffered by such person.
(4) For the avoidance of doubtβ
(a) notwithstanding any action, suit or proceeding referred to in subsection (3), any person referred to in
paragraphs (1)(a) to (h) shall continue to exercise any or all of its powers under this Act or otherwise; and
(b) a person who claims to have suffered any loss in relation to any matter that may be determined by the Assessor Committee under the First Schedule shall first exhaust all remedies under the First Schedule prior to instituting any other action, suit or proceeding in respect of such claim.
(5) For the purposes of this section, any member of the administration of the Government of Malaysia or a State Government shall be deemed to be an officer of that Government.
(6) Nothing in subsection (1) shall be construed to relieve the Corporation from the obligation to make payment in respect of a deposit insured or a takaful or an insurance benefit protected under this Act.
Malay text (authoritative)
Kekebalan
(1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding apa-apa jua pun, boleh dibuat atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadapβ
(a) Kerajaan Malaysia atau sesuatu Kerajaan Negeri;
(b) Menteri;
(c) Perbadanan;
(d) Bank Negara Malaysia;
(e) mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja mana-mana Kerajaan, Perbadanan atau Bank Negara Malaysia, sama ada secara peribadi atau atas sifat rasminya;
(f) mana-mana orang yang dilantik di bawah perenggan 99(1)(c), mana-mana penerima, pengurus, penerima dan pengurus, pelikuidasi atau konservator yang dilantik menurut Akta ini, Jawatankuasa Pentaksir atau mana-mana anggota Jawatankuasa Pentaksir;
(g) mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja suatu institusi perantaraan atau mana-mana subsidiari milik penuh Perbadanan; atau
(h) mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi pihak mana-mana Kerajaan, Perbadanan, Bank Negara Malaysia atau mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja, sama ada secara peribadi atau atas sifatnya sebagai seorang yang bertindak bagi pihak sedemikian,
bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggal daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam
melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan terhadap, Akta ini, atau apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk, notis atau apa-apa jua pun perkara lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu telah dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
(2) Perbuatan atau pernyataan yang disebut dalam proviso kepada subseksyen (1) hendaklah disifatkan, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
(3) Dalam apa-apa hal tetapi tertakluk pada subseksyen (4), apa-apa tindakan, guaman atau prosiding oleh mana-mana orang di bawah Akta ini terhad kepada suatu tuntutan ganti rugi sahaja bagi apaapa kerugian yang ditanggung oleh orang itu.
(4) Bagi mengelakkan keraguanβ
(a) walau apa pun tindakan, guaman atau prosiding yang disebut dalam subseksyen (3), mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) hingga (h) hendaklah terus menjalankan mana-mana atau semua kuasanya di bawah Akta ini atau selainnya; dan
(b) seseorang yang menuntut telah menanggung apa-apa kerugian berhubung dengan apa-apa perkara yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pentaksir di bawah Jadual Pertama hendaklah terlebih dahulu menghabiskan semua remedinya di bawah Jadual Pertama sebelum memulakan apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain berkenaan dengan tuntutan itu.
(5) Bagi maksud seksyen ini, mana-mana anggota pentadbiran Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Kerajaan itu.
(6) Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai melepaskan Perbadanan daripada obligasi untuk membuat bayaran berkenaan dengan suatu deposit yang diinsuranskan atau manfaat takaful atau insurans yang dilindungi di bawah Akta ini.
Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).