My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 209

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 209

s 209 Power to make regulations, rules, orders, by-laws, notifications, directives, guidelines, circulars or notes

(1) The Corporation may make— (a) with the approval of the Minister, regulations, rules or orders; or (b) by-laws, notifications, directives, guidelines, circulars or notes, as may be necessary or expedient for giving full effect to the provisions of this Act, for carrying out or achieving the objects and purposes of this Act, or any provision thereof, or for the further, better or more convenient implementation of the provisions of this Act. (2) Any regulations, rules, orders, by-laws, notifications, directives, guidelines, circulars or notes made under this section may relate to all, or any class, category or description of persons and different provisions may be made for different persons, classes, categories or description of persons. (3) Without prejudice to the generality of subsection (1), such regulations, rules, orders, by-laws, notifications, directives, guidelines, circulars or notes may be made in respect of— (a) forms, including forms of notifications, notices and certificates, for the purposes of this Act; (b) the conduct, business and affairs of the Corporation; (c) deposits of trustees, joint owners or businesses or professional practices; (d) the coverage of deposits, payments in respect of insured deposits and related matters on the following: (i) where the deposit liabilities of a deposit-taking member are transferred to and assumed by another deposit-taking member; (ii) where the deposit liabilities with a deposit-taking member are to be acquired by a person who is not a deposit-taking member; or (iii) in relation to bank drafts, cheques or other similar payment instruments or payment instructions or settlement instructions; (e) the order of priority of payment of different categories of Islamic deposits; (ea) (Deleted by Act A1647); (f) (Deleted by Act A1505); (g) the return or interest to be payable under subsubparagraph 3(10)(j) of the Third Schedule; (h) the coverage of takaful or insurance benefits, payments in respect of protected benefits and related matters, where the takaful certificate or insurance policy liabilities of an insurer member are transferred to and assumed by another insurer member; (i) dividing different types of family or general takaful benefits into different categories and prescribing an order of priority of payment as between those different categories of takaful benefits; (j) determining the date and rate of conversion into Ringgit for the purpose of making a payment under Part IV in respect of an insured foreign currency deposit; (k) forms, method and procedures for compounding of offences; or (l) anything under this Act required or authorized to be made as regulations, rules, orders, by-laws, notifications, directives, guidelines, circulars or notes. (4) Any regulations or orders made under this section shall be published in the Gazette and shall be laid before the Dewan Rakyat as soon as practicable after its publication.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota

(1) Perbadanan boleh membuat— (a) dengan kelulusan Menteri, apa-apa peraturan-peraturan, kaedah-kaedah atau perintah; atau (b) undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota, sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan sepenuhnya peruntukan Akta ini, untuk menjalankan atau mencapai matlamat dan maksud Akta ini, atau mana-mana peruntukannya, atau untuk melaksanakan peruntukan Akta ini selanjutnya, dengan lebih baik atau lebih mudah. (2) Mana-mana peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubungan dengan semua, atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang dan peruntukan yang berlainan boleh dibuat bagi orang, kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan. (3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota boleh dibuat berkenaan dengan— (a) borang, termasuk borang pemberitahuan, notis dan perakuan, bagi maksud Akta ini; (b) kelakuan, urusan dan hal ehwal Perbadanan; (c) deposit pemegang amanah, pemilik bersama atau perniagaan atau amalan profesional; (d) perlindungan deposit, bayaran berkenaan dengan deposit diinsuranskan dan hal berkaitan dengannya mengenai yang berikut: (i) jika liabiliti deposit suatu anggota penerima deposit dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penerima deposit yang lain; (ii) jika liabiliti deposit dengan suatu anggota penerima deposit akan diperoleh oleh seseorang yang bukan anggota penerima deposit; atau (iii) berhubung dengan draf bank, cek atau surat cara bayaran lain yang seumpama itu atau arahan bayaran atau arahan penjelasan; (e) keutamaan bayaran kategori deposit Islam yang berlainan; (ea) (Dipotong oleh Akta A1647); (f) (Dipotong oleh Akta A1505); (g) pulangan atau bunga yang kena dibayar di bawah subsubperenggan 3(10)(j) Jadual Ketiga; (h) perlindungan manfaat takaful atau insurans, bayaran berkenaan dengan manfaat dilindungi dan perkara yang berkaitan, jika liabiliti sijil takaful atau polisi insurans suatu anggota penanggung insurans dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penanggung insurans lain; (i) membahagikan manfaat keluarga atau takaful am yang berlainan jenis kepada kategori yang berbeza dan menetapkan suatu keutamaan bayaran antara kategori manfaat takaful yang berbeza itu; (j) menentukan tarikh dan kadar penukaran kepada Ringgit bagi maksud membuat bayaran di bawah Bahagian IV berkenaan dengan deposit mata wang asing yang diinsuranskan; (k) borang, kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan; dan (l) apa-apa jua di bawah Akta ini yang dikehendaki atau dibenarkan untuk dibuat sebagai peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota. (4) Apa-apa peraturan-peraturan atau perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat secepat yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next