s 24 Secrecy
(1) A director, officer, employee or agent of the Corporation, including a person appointed under subsection 25(3) or any person who for any reason has by any means access to any record, book, register, correspondence or other document whatsoever, material or information relating to the business and affairs of—
(a) the Corporation;
(b) Bank Negara Malaysia;
(c) a member institution;
(d) a customer of Bank Negara Malaysia; or
(e) a customer of a member institution,
which he has acquired in the performance of his duties or the exercise of his functions, shall not—
(A) give, divulge, reveal, publish, or otherwise disclose, to any person, such record, book, register, correspondence or other document whatsoever, material or information; or
(B) make any use of such record, book, register, correspondence or other document whatsoever, material or information,
unless the disclosure or use, as the case may be, is required—
(C) under any law;
(D) for the performance of his duties or the exercise of his functions under this Act; or
(E) lawfully by any court.
(2) No person who has received or obtained any record, book, register, correspondence or other document whatsoever, material or information disclosed in accordance with subsection (1) shall disclose or make use of the same except for the specific purpose for which the record, book, register, correspondence or other document whatsoever, material or information was so disclosed to such person.
(3) This section shall not apply to any record, book, register, correspondence or other document whatsoever, material or information which at the time of the disclosure is, or has already been made, lawfully available to the public from any source.
(4) No person who has any record, book, register, correspondence or other document whatsoever, material or information which to his knowledge has been disclosed in contravention of subsection (1) shall in any manner howsoever disclose the same to any other person.
(5) Where the Corporation in the course of the exercise of any of its powers, or the discharge of any of its duties or functions, under this Act or under any law whatsoever, suspects any person to have committed any offence under this Act, or any other law whatsoever, it shall be lawful for the Corporation to give information of such commission to a police officer, or to convey any information in relation to such offence to any member institution or other person affected by such offence or to any other authority or person having power to investigate under or enforce the provision of the law under which the offence is suspected by the Corporation to have been committed.
(6) Subsection (5) shall have full force and effect notwithstanding any inconsistency therewith or contrary thereto, in this Act or any other law.
(7) Any person who contravenes subsection (1), (2) or (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding
three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Kerahsiaan
(1) Seseorang pengarah, pegawai, pekerja atau ejen Perbadanan termasuk seseorang yang dilantik di bawah subseksyen 25(3) atau mana-mana orang yang kerana apa-apa jua sebab mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau apa-apa jua dokumen lain, bahan atau maklumat yang berhubungan dengan urusan dan hal ehwal—
(a) Perbadanan;
(b) Bank Negara Malaysia;
(c) suatu institusi anggota;
(d) seorang pelanggan Bank Negara Malaysia; atau
(e) seorang pelanggan suatu institusi anggota,
yang telah diperolehnya semasa melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya, tidak boleh—
(A) memberikan, memberitahu, menunjukkan, menyiarkan, atau selainnya menzahirkan, kepada mana-mana orang, rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen yang lain, bahan atau maklumat; atau
(B) menggunakan rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen yang lain, bahan atau maklumat,
melainkan jika pendedahan atau penggunaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dikehendaki—
(C) di bawah mana-mana undang-undang;
(D) bagi pelaksanaan kewajipannya atau penjalanan fungsinya di bawah Akta ini; atau
(E) mengikut undang-undang oleh mana-mana mahkamah.
(2) Tiada seorang pun yang menerima atau memperoleh rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen lain, bahan atau maklumat yang dizahirkan mengikut subseksyen (1) boleh menzahirkan atau menggunanya kecuali bagi maksud khusus yang kerananya rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen lain, bahan atau maklumat itu telah dizahirkan kepada orang itu.
(3) Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen lain, bahan atau maklumat yang pada masa penzahiran adalah, ataupun telah dijadikan, tersedia ada mengikut undang-undang bagi orang awam daripada apa-apa sumber.
(4) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa rekod, buku, daftar, surat menyurat atau apa-apa jua dokumen lain, bahan atau maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun menzahirkan yang sama kepada mana-mana orang lain.
(5) Jika Perbadanan dalam penjalanan mana-mana kuasanya, atau penunaian mana-mana kewajipanya atau fungsinya, di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana jua undang-undang lain, mengesyaki mana-mana orang telah melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana jua undang-undang lain, maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Perbadanan untuk memberikan maklumat mengenai pelakuan itu kepada seorang pegawai polis, atau menyampaikan apa-apa maklumat berhubungan dengan kesalahan itu kepada mana-mana institusi anggota atau orang lain yang terjejas oleh kesalahan itu atau kepada mana-mana pihak berkuasa lain atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah atau menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu disyaki oleh Perbadanan telah dilakukan.
(6) Subseksyen (5) hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, walau apa pun apa-apa ketidakselarasan berkenaan dengannya atau yang bertentangan dengannya, dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang lain.
(7) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).