Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 27
s 27 Prescription of additional member institutions
(1) For the purpose of promoting or maintaining the stability of the financial system or public confidence in that stability and on the recommendation of the Corporation and Bank Negara Malaysia, the Minister may by order published in the Gazette, prescribe any development financial institution or any other person regulated and supervised by Bank Negara Malaysia, other than a financial institution defined in section 2, to be a member institution for the purposes of this Act.
(2) The order referred to in subsection (1) may provide that any provision of this Act shall not apply in respect of such person, or shall apply in respect of such person with modifications.
Malay text (authoritative)
Penetapan institusi anggota tambahan
(1) Bagi maksud menggalakkan atau mengekalkan kestabilan sistem kewangan atau keyakinan orang awam dalam kestabilan itu dan atas syor Perbadanan dan Bank Negara Malaysia, Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan mana-mana institusi kewangan pembangunan atau mana-mana orang lain yang dikawal selia dan diselia oleh Bank Negara Malaysia, selain institusi kewangan yang ditakrifkan dalam seksyen 2, menjadi suatu institusi anggota bagi maksud Akta ini.
(2) Perintah yang disebut dalam subseksyen (1) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa peruntukan Akta ini tidaklah terpakai berkenaan dengan orang itu, atau hendaklah terpakai dengan pengubahsuaian berkenaan dengan orang itu.
Read this section in the full act → · Open Chapter 5 →
Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).