My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 40

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 40

s 40 Effects of cancellation or termination

(1) Where the membership of a member institution has been cancelled under section 38 or terminated under section 39— (a) the former member institution shall not assume or use the words “deposit insurance” or “takaful benefit protection” or “takaful benefit compensation” or “insurance benefit protection” or “insurance benefit compensation”, or any derivative or variation of those words in any language or any other words in any language that are capable of being construed to mean or imply that the institution is a member institution; (b) in the case of a former deposit-taking member, deposits outstanding on the day the cancellation or termination of membership takes effect, less any withdrawals from those deposits, continue to be insured for a period of two years from the effective date of cancellation or termination or until fully withdrawn, whichever is earlier; (c) in the case of a former insurer member, protected benefits on the day the cancellation or termination of membership takes effects, less any payments made on account of the benefits, shall continue to be protected after the effective date of cancellation or termination until fulfilment of all the obligations of the former insurer member in respect of the takaful or insurance benefits; (d) the former member institution shall not be considered to be a member institution by reason only that its liabilities in respect of deposits or takaful or insurance benefits continue to be insured or protected under this Act despite the cancellation or termination of its membership; and (e) the former member institution shall not be relieved from its obligations or liabilities to the Corporation that have accrued before the cancellation or termination of its membership. (2) Where the membership of a former deposit-taking member has been terminated under section 39, the institution shall not, as from the effective date of the termination, solicit or take any further deposits. (3) Where the membership of a former insurer member has been terminated under section 39, the institution shall not, as from the effective date of termination, offer or issue any further takaful certificates or insurance policies or renew any takaful certificates or insurance policies. (4) For the purposes of paragraph (1)(b) or (c), a cancellation or termination of membership shall not affect the obligation, right and ability of the Corporation to make a payment under Chapter 3 of Part IV or Chapter 3 of Part V. (5) Where the membership of a member institution has been cancelled or terminated— (a) in the case of a former deposit-taking member, such institution shall give notice of the continued insurance provided for in paragraph (1)(b); (b) in the case of a former insurer member, such institution shall give notice of the continued protection provided for in paragraph (1)(c); and (c) the Corporation may give notice of the cancellation or termination of membership of a former member institution if in the opinion of the Corporation, the public interest requires that such notice be given, by publication in at least two daily newspapers published in Malaysia, one of which shall be in the national language. (6) Where a former deposit-taking member is obligated to repay to a person any monies that were received or held by it while it was a member institution, such monies shall not constitute a deposit or part of a deposit for the purposes of deposit insurance with the Corporation if the date on which the person acquired his interest in the monies is a date subsequent to the date on which the cancellation or termination of the membership of the former member institution took effect as specified by the Corporation. (7) Where a former insurer member is liable to any person for a takaful or insurance benefit and that liability was incurred while it was a member institution, such takaful or insurance benefit shall not constitute a protected benefit if the date on which the person acquired his interest in the benefit is a date subsequent to the date on which the cancellation or termination of the membership of the former member institution took effect as specified by the Corporation. (8) Any former member institution that contravenes paragraph (1)(a) or paragraph (5)(a) or (b) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit and shall, in addition, be liable to a daily fine not exceeding fifty thousand ringgit for every day the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Kesan pembatalan atau penamatan

(1) Jika keanggotaan suatu institusi anggota telah dibatalkan di bawah seksyen 38 atau ditamatkan di bawah seksyen 39— (a) bekas institusi anggota itu tidak boleh memakai atau menggunakan perkataan “insurans deposit” atau “perlindungan manfaat takaful” atau “pampasan manfaat takaful” atau “perlindungan manfaat insurans” atau “pampasan manfaat insurans”, atau apa-apa terbitan daripada atau variasi perkataan itu dalam apa-apa bahasa atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai bererti atau membayangkan bahawa institusi itu ialah suatu institusi anggota; (b) dalam hal bekas anggota penerima deposit, deposit yang belum dijelaskan pada tarikh kuat kuasa pembatalan atau penamatan keanggotaan itu, ditolak apa-apa pengeluaran daripada deposit itu, akan terus diinsuranskan selama tempoh dua tahun dari tarikh kuat kuasa pembatalan atau penamatan itu atau sehingga dikeluarkan kesemuanya, mengikut mana-mana yang lebih awal; (c) dalam hal bekas anggota penanggung insurans, manfaat dilindungi pada tarikh pembatalan atau penamatan keanggotaan itu berkuat kuasa, ditolak apa-apa pembayaran yang dibuat disebabkan oleh manfaat itu, hendaklah terus dilindungi selepas tarikh kuat kuasa pembatalan atau penamatan itu sehingga penunaian semua obligasi bekas anggota penanggung insurans berkenaan dengan manfaat takaful atau insurans itu; (d) bekas institusi anggota itu tidak boleh dianggap sebagai suatu institusi anggota hanya kerana liabilitinya berkenaan dengan deposit atau manfaat takaful atau insurans terus diinsuranskan atau dilindungi di bawah Akta ini walaupun keanggotaannya telah dibatalkan atau ditamatkan; dan (e) bekas institusi anggota itu tidak boleh dilepaskan daripada obligasi atau liabilitinya kepada Perbadanan yang telah terakru sebelum pembatalan atau penamatan keanggotaannya itu. (2) Jika keanggotaan bekas anggota penerima deposit telah ditamatkan di bawah seksyen 39, institusi itu tidak boleh, mulai tarikh kuat kuasa penamatan itu, meminta atau menerima apa-apa lagi deposit. (3) Jika keanggotaan bekas anggota penanggung insurans telah ditamatkan di bawah seksyen 39, institusi itu tidak boleh, mulai tarikh kuat kuasa penamatan itu, menawarkan atau mengeluarkan apa-apa lagi sijil takaful atau polisi insurans atau memperbaharui apa-apa sijil takaful atau polisi insurans. (4) Bagi maksud perenggan (1)(b) atau (c), suatu pembatalan atau penamatan keanggotaan tidak boleh menjejaskan obligasi, hak dan keupayaan Perbadanan untuk membuat suatu bayaran di bawah Bab 3 Bahagian IV atau Bab 3 Bahagian V. (5) Jika keanggotaan suatu institusi anggota telah dibatalkan atau ditamatkan— (a) dalam hal bekas anggota penerima deposit, institusi itu hendaklah memberi notis mengenai insurans berterusan yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(b); (b) dalam hal bekas anggota penanggung insurans, institusi itu hendaklah memberikan notis mengenai perlindungan berterusan yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(c); dan (c) Perbadanan boleh memberikan notis mengenai pembatalan atau penamatan keanggotaan bekas institusi anggota jika pada pendapat Perbadanan, kepentingan awam menghendaki supaya notis itu diberikan, melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan. (6) Jika suatu bekas anggota penerima deposit berkewajipan untuk membayar balik kepada seseorang apa-apa wang yang telah diterima atau dipegang olehnya semasa ia masih suatu institusi anggota, wang itu tidak boleh menjadi suatu deposit atau sebahagian daripada suatu deposit bagi maksud insurans deposit dengan Perbadanan jika tarikh yang orang yang memperoleh kepentingannya dalam wang itu ialah suatu tarikh selepas tarikh pembatalan atau penamatan keanggotaan bekas institusi anggota itu berkuat kuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. (7) Jika bekas anggota penanggung insurans bertanggungan kepada mana-mana orang bagi suatu manfaat takaful atau insurans dan liabiliti itu ditanggung semasa ia masih suatu institusi anggota, manfaat takaful atau insurans itu tidak boleh menjadi suatu manfaat dilindungi jika tarikh yang orang yang memperoleh kepentingannya dalam manfaat itu ialah suatu tarikh selepas tarikh pembatalan atau penamatan keanggotaan bekas institusi anggota itu berkuat kuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. (8) Mana-mana bekas institusi anggota yang melanggar perenggan (1)(a) atau perenggan (5)(a) atau (b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next