My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 42

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 42

s 42 Scope of coverage for deposits

(1) The Corporation shall separately insure the following categories of deposits placed with a deposit-taking member: (a) Islamic deposits; and (b) conventional deposits. (2) For the purpose of subsection (1)— (a) where a depositor owns only one deposit with a deposit-taking member, that deposit shall be insured— (i) in respect of the principal and return on an Islamic deposit, up to such limit as prescribed by the Minister on the recommendation of the Corporation; and (ii) in respect of the principal and interest on a conventional deposit, up to such limit as prescribed by the Minister on the recommendation of the Corporation; and (b) where a depositor owns more than one deposit with a deposit-taking member, the aggregate of those deposits shall be insured— (i) in respect of the principal and return on Islamic deposits, up to such limit as prescribed by the Minister on the recommendation of the Corporation; and (ii) in respect of the principal and interest on conventional deposits, up to such limit as prescribed by the Minister on the recommendation of the Corporation. (3) For the avoidance of doubt, a limit prescribed under subsection (2) may relate to any type or description of deposits and different limits may apply to different types or descriptions of deposits. (4) Subject to regulations made under section 209— (a) where a deposit-taking member is obligated to repay monies to a depositor who is acting as a trustee for any beneficiary or as joint owner with another, and the trusteeship or joint ownership is disclosed on the records of the deposit-taking member— (i) the deposit of the depositor as trustee or as a joint owner, shall be deemed to be a deposit separate from any deposit of that depositor acting on his own behalf or acting in another trust or joint capacity with the deposit-taking member; (ii) where a trustee is acting for two or more beneficiaries, the deposit held in trust by him for each beneficiary, shall each be deemed to be a separate deposit; and (iii) the deposit held in trust by a trustee for a beneficiary in a deposit-taking member shall be deemed to be a deposit separate from a deposit of that beneficiary with the deposit-taking member on his own behalf and shall also be deemed to be separate from any deposit held in trust by another trustee for the beneficiary in the deposit-taking member; (b) for the avoidance of doubt, where a depositor is a joint owner of a deposit in a deposit-taking member with another person, all the deposits of such depositor with such person shall be aggregated and be deemed to be one deposit and shall be insured up to such limit as prescribed under subsection (2); and (c) for the purposes of paragraphs (4)(a) and (b)— (i) the deposit-taking member shall indicate on its records— (A) for a trust account, that the account is held by the trustee for the named beneficiaries; or (B) for a joint account, the names of the individual joint owners; (ii) the trustee shall— (A) maintain detailed records as may be prescribed by the Corporation on the trust accounts; (B) submit to the deposit-taking member such records as may be required by the Corporation under this Act; and (C) file a statutory declaration certifying the accuracy of the records submitted under subsubparagraph (B) when required by the Corporation; and (iii) the trustee in maintaining and submitting any record on the trust accounts required under subparagraph (ii) shall ensure that the information given shall be true, correct and complete and shall not contain false or deceptive information and the deposit-taking member shall rely on such records for the purposes of subparagraph (i) and the trustee shall indemnify the deposit-taking member in the event of any legal proceedings relating to such records. (5) Notwithstanding anything in paragraph (4)(a), the Corporation shall not separately insure the deposits held in trust for any beneficiary if, in the opinion of the Corporation, the trust exists primarily for the purpose of obtaining or increasing deposit insurance. (6) For the purpose of subparagraph (4)(a)(i), any deposit held in trust by the same trustee for the same beneficiary shall be aggregated and be deemed to be one deposit. (7) Subject to regulations made under section 209 and the disclosure made by the trustee under subparagraph (4)(c)(ii), where a depositor— (a) operates a business as a sole proprietor or a partner of a partnership; or (b) carries on any professional practice, that has been disclosed as such on the records of the deposit-taking member, a deposit of such business or professional practice shall be deemed to be separate from the deposits of the depositor on his own behalf or as trustee or joint owner. (8) The Corporation may require depositors to submit to the Corporation such information as it may consider expedient or necessary for the purposes of making any payment under this Act.

Malay text (authoritative)

Skop perlindungan bagi deposit

(1) Perbadanan hendaklah secara berasingan menginsuranskan kategori deposit yang berikut yang diletakkan dengan institusi anggota: (a) deposit Islam; dan (b) deposit konvensional. (2) Bagi maksud subseksyen (1)— (a) jika seorang pendeposit memiliki hanya satu deposit dengan suatu anggota penerima deposit, deposit itu hendaklah diinsuranskan— (i) berkenaan dengan wang pokok dan pulangan bagi deposit Islam, setakat had yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan (ii) berkenaan dengan wang pokok dan bunga bagi deposit konvensional, setakat had yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan (b) jika seorang pendeposit memiliki lebih daripada satu deposit dengan suatu anggota penerima deposit, agregat deposit itu hendaklah diinsuranskan— (i) berkenaan dengan wang pokok dan pulangan bagi deposit Islam, setakat apa-apa had yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan (ii) berkenaan dengan wang pokok dan bunga bagi deposit konvensional, setakat had yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan. (3) Bagi mengelakkan keraguan, suatu had yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) boleh berhubung dengan apa-apa jenis atau perihalan deposit dan had yang berbeza boleh terpakai bagi jenis atau perihalan deposit yang berbeza. (4) Tertakluk pada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209— (a) jika anggota penerima deposit berkewajipan untuk membayar balik wang kepada seorang pendeposit yang bertindak sebagai seorang pemegang amanah untuk manamana benefisiari atau sebagai pemunya bersama dengan seorang yang lain, dan peramanahan atau pemunyaan bersama itu telah didedahkan dalam rekod anggota penerima deposit itu— (i) deposit pendeposit itu sebagai pemegang amanah atau sebagai seorang pemunya bersama, hendaklah disifatkan sebagai suatu deposit yang berasingan daripada mana-mana deposit pendeposit itu yang bertindak bagi pihak dirinya sendiri atau bertindak bagi amanah yang lain atau keupayaan bersama dengan anggota penerima deposit itu; (ii) jika seorang pemegang amanah bertindak bagi dua benefisiari atau lebih, deposit yang dipegang olehnya sebagai amanah bagi setiap benefisiari, hendaklah setiap satu disifatkan sebagai suatu deposit yang berasingan; dan (iii) deposit yang dipegang sebagai amanah oleh seorang pemegang amanah bagi seorang benefisiari dalam anggota penerima deposit hendaklah disifatkan sebagai suatu deposit yang berasingan daripada suatu deposit benefisiari itu dengan anggota penerima deposit itu bagi pihak dirinya sendiri dan hendaklah juga disifatkan sebagai berasingan daripada manamana deposit yang dipegang sebagai amanah oleh pemegang amanah yang lain untuk benefisiari itu dalam anggota penerima deposit itu; (b) bagi mengelakkan keraguan, jika seorang pendeposit ialah pemunya bersama bagi suatu deposit dalam suatu anggota penerima deposit dengan seorang yang lain, kesemua deposit pendeposit itu dengan orang itu hendaklah diagregatkan dan disifatkan sebagai satu deposit dan hendaklah diinsuranskan setakat had yang ditetapkan di bawah subseksyen (2); dan (c) bagi maksud perenggan (4)(a) dan (b)— (i) anggota penerima deposit itu hendaklah menyatakan dalam rekodnya— (A) bagi suatu akaun amanah, bahawa akaun itu dipegang oleh pemegang amanah bagi benefisiari yang dinamakan; atau (B) bagi suatu akaun bersama, nama tiap-tiap pemegang akaun bersama; (ii) pemegang amanah hendaklah— (A) menyenggara rekod terperinci sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan mengenai akaun amanah; (B) mengemukakan kepada anggota penerima deposit itu apa-apa rekod yang dikehendaki oleh Perbadanan di bawah Akta ini; dan (C) memfailkan suatu akuan berkanun yang memperakui ketepatan rekod yang dikemukakan di bawah subsubperenggan (B) apabila dikehendaki oleh Perbadanan; dan (iii) pemegang amanah dalam menyenggara dan mengemukakan mana-mana rekod mengenai akaun amanah yang dikehendaki di bawah subperenggan (ii) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, betul dan lengkap dan tidak mengandungi maklumat yang palsu atau mengelirukan dan anggota penerima deposit itu hendaklah bergantung pada apa-apa rekod itu bagi maksud subperenggan (i) dan pemegang amanah hendaklah menanggung rugi anggota penerima deposit itu sekiranya berlaku apa-apa prosiding undang-undang yang berhubungan dengan rekod itu. (5) Walau apa pun apa-apa dalam perenggan (4)(a), Perbadanan tidak boleh menginsuranskan secara berasingan deposit yang dipegang sebagai amanah bagi mana-mana benefisiari sekiranya, pada pendapat Perbadanan, amanah itu wujud terutamanya bagi maksud mendapatkan atau menaikkan insurans deposit. (6) Bagi maksud subperenggan (4)(a)(i), mana-mana deposit yang dipegang sebagai amanah oleh seorang pemegang amanah yang sama untuk benefisiari yang sama hendaklah diagregatkan dan disifatkan sebagai satu deposit. (7) Tertakluk pada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209 dan penzahiran yang dibuat oleh pemegang amanah di bawah subperenggan (4)(c)(ii), jika seorang pendeposit— (a) mengendalikan suatu perniagaan sebagai tuan punya tunggal atau seorang rakan kongsi suatu perkongsian; atau (b) menjalankan mana-mana amalan profesional, yang telah dizahirkan sedemikian dalam rekod anggota penerima deposit, suatu deposit perniagaan atau amalan profesional itu hendaklah disifatkan sebagai berasingan daripada deposit pendeposit bagi pihak dirinya sendiri atau sebagai pemegang amanah atau pemunya bersama. (8) Perbadanan boleh menghendaki pendeposit untuk mengemukakan kepada Perbadanan apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu bagi maksud membuat apa-apa bayaran di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next