Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 44
Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 44
s 44 Deposits of deposit-taking member acquired by non-deposit taking member
(1) Where deposit liabilities of a deposit-taking member (referred to in this section as the “transferring member”) are transferred to and assumed by a person who is not a deposit-taking member, such deposits, less any withdrawals from the deposits, shall be deemed to be and continue to be insured by the Corporation up to such limit as prescribed under subsection 42(2), for the remainder of the assessment year, or until maturity or full withdrawal, whichever is earlier, after the date of transfer and assumption.
(2) For purposes of subsection (1), and in accordance with such rules as may be made by the Corporation—
(a) in relation to depositors, the transferring member shall—
(i) obtain written consent of at least seventy five per cent of all the depositors to the transfer of deposit liabilities;
(ii) obtain written acknowledgement by each depositor that the depositor is aware that deposit liabilities transferred to and assumed by the transferee will be insured for the remainder of the assessment year, or until maturity or full withdrawal, whichever is earlier, and that subsequently, the deposit liabilities will no longer be insured in whole or in part by the Corporation;
(iii) upon a request in writing, pay to a depositor, the principal amount of the deposit, and return or interest, calculated to the date of withdrawal and no charge or penalty shall be imposed in respect of the payment; and
(iv) provide a statement that the transferring member’s obligation to repay the deposits will be assumed by the transferee; and
(b) the transferee shall enter into an agreement in writing to assume the transferring member’s deposit liabilities on the same terms and conditions.
(3) For the purpose of paragraph (2)(b), the transferring member shall indemnify the Corporation in the event that any payment is made by the Corporation to depositors on account of the continuing insurance referred to in subsection (1).
(4) The transferee shall maintain such records as are required by the Corporation for the purposes of subsection (1).
Malay text (authoritative)
Deposit anggota penerima deposit diperoleh oleh bukan anggota penerima deposit
(1) Jika liabiliti deposit suatu anggota penerima deposit (dalam seksyen ini disebut “anggota pemindah”) dipindahkan kepada dan diambil alih oleh seseorang yang bukan anggota penerima deposit, deposit itu, ditolak apa-apa pengeluaran daripada deposit itu, hendaklah disifatkan sebagai dan akan terus diinsuranskan oleh Perbadanan setakat apa-apa had yang ditetapkan di bawah subseksyen 42(2), bagi baki tahun taksiran itu, atau sehingga deposit itu matang atau dikeluarkan kesemuanya, mengikut mana-mana yang lebih awal, selepas tarikh pemindahan dan pengambilalihan.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), dan mengikut mana-mana kaedah yang dibuat oleh Perbadanan—
(a) berhubung dengan pendeposit, anggota pemindah hendaklah—
(i) mendapatkan kebenaran bertulis sekurang-kurangnya tujuh puluh lima peratus daripada semua pendeposit untuk memindahkan liabiliti deposit;
(ii) mendapatkan perakuan bertulis daripada setiap pendeposit bahawa pendeposit sedar bahawa deposit yang dipindahkan kepada dan diambil alih oleh orang yang mengambil alihnya akan diinsuranskan bagi baki tahun taksiran itu, atau sehingga deposit itu matang atau dikeluarkan kesemuanya, mengikut mana-mana yang lebih awal, dan selepas itu, liabiliti deposit itu tidaklah lagi diinsuranskan keseluruhannya atau sebahagiannya oleh Perbadanan;
(iii) apabila dikehendaki secara bertulis, membayar kepada seorang pendeposit, amaun pokok deposit itu dan pulangan atau bunga, dikira sehingga tarikh pengeluaran dan tiada caj atau penalti boleh dikenakan berkenaan dengan pembayaran itu; dan
(iv) menyediakan suatu pernyataan bahawa obligasi anggota pemindah untuk membayar balik deposit akan diambil alih oleh orang yang mengambil alih deposit itu; dan
(b) orang yang mengambil alih deposit itu hendaklah membuat suatu perjanjian secara bertulis untuk mengambil alih liabiliti deposit anggota pemindah atas terma dan syarat yang sama.
(3) Bagi maksud perenggan (2)(b), anggota pemindah hendaklah menanggung rugi Perbadanan sekiranya berlaku apa-apa bayaran yang dibuat oleh Perbadanan kepada pendeposit disebabkan oleh insurans berterusan yang disebut dalam subseksyen (1).
(4) Orang yang mengambil alih deposit itu hendaklah menyenggara apa-apa rekod yang dikehendaki oleh Perbadanan bagi maksud subseksyen (1).
Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).