Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 47
s 47 First premium in respect of new deposit-taking members
(1) Subject to subsections (2), (3) and (4), the Corporation shall assess and collect the first premium payable by a new deposit-taking member for the assessment year in which it becomes a member institution as follows:
(a) two hundred and fifty thousand ringgit; or
(b) an amount based on a rate to be prescribed by the Minister on the recommendation of the Corporation and calculated in accordance with section 47A,
whichever is higher.
(2) Except as provided under subsection (3), where the business of one or more transferring parties is transferred under a business transfer scheme to a new deposit-taking member, the Corporation shall assess and collect the first premium payable by the new deposit-taking member as follows:
(a) two hundred and fifty thousand ringgit; or
(b) an amount based on a rate to be prescribed by the Minister on the recommendation of the Corporation and calculated in accordance with section 47A,
whichever is higher.
(3) Where the business of one or more deposit-taking members only is transferred under a business transfer scheme to a new deposit-taking member—
(a) before the annual due date referred to in subsection 48(1) in an assessment year, no annual premium shall be required to be paid by the deposit-taking members for that assessment year; and
(b) after the annual due date referred to in subsection 48(1) in an assessment year, no first premium shall be required to be paid by the new deposit-taking member.
(4) For the avoidance of doubt, where the transferring parties are deposit-taking members which have been approved under paragraph 15(1)(a) of the Financial Services Act 2013 to carry on Islamic banking business and their Islamic banking business is transferred under a business transfer scheme to a new deposit-taking member before the annual due date referred to in subsection 48(1) in an assessment year, no annual premium shall be required to be paid by the deposit-taking members for that assessment year in respect of the Islamic banking business.
(5) For the avoidance of doubt, different rates may be prescribed under subsections (1) and (2) for categories in which new deposit-taking members are classified under premium regulations and different rates may apply to different categories of new deposit-taking members.
(6) A new deposit-taking member shall pay the first premium to the Corporation within thirty days from the date it becomes a member or such other period as may be specified by the Corporation.
Malay text (authoritative)
Premium pertama berkenaan dengan anggota penerima deposit baharu
(1) Tertakluk pada subseksyen (2), (3) dan (4), Perbadanan hendaklah mentaksir dan memungut premium pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit baharu bagi tahun taksiran yang ia menjadi institusi anggota seperti yang berikut:
(a) dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau
(b) suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 47A,
mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3), jika perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit baharu, Perbadanan hendaklah mentaksir dan memungut premium pertama yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit baharu seperti yang berikut:
(a) dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau
(b) suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 47A,
mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(3) Jika perniagaan satu atau lebih anggota penerima deposit sahaja dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit baharu—
(a) sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit bagi tahun taksiran itu; dan
(b) selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium pertama yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit baharu itu.
(4) Bagi mengelakkan keraguan, jika pihak pemindah merupakan anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah
perenggan 15(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dan perniagaan perbankan Islamnya dipindahkan kepada anggota penerima deposit baharu di bawah suatu skim pemindahan perniagaan sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit bagi tahun taksiran itu berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam.
(5) Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang berbeza boleh ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) bagi kategori yang anggota penerima deposit baharu dikelaskan di bawah peraturan-peraturan premium dan kadar yang berbeza boleh terpakai bagi kategori anggota penerima deposit baharu yang berbeza.
(6) Anggota penerima deposit baharu hendaklah membayar premium pertama kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh ia menjadi anggota atau apa-apa tempoh lain yang boleh ditentukan oleh Perbadanan.
Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →
Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).