Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 71
Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 71
s 71 First levy in respect of new insurer members
(1) Subject to subsections (2) and (3), the Corporation shall assess and collect the first levy payable by a new insurer member for the assessment year in which it becomes a member institution as follows:
(a) two hundred and fifty thousand ringgit; or
(b) an amount based on a rate to be prescribed by the Minister on the recommendation of the Corporation and calculated in accordance with section 71A,
whichever is higher.
(2) Except as provided under subsection (3), where the business of one or more transferring parties is transferred under a business transfer scheme to a new insurer member, the Corporation shall assess and collect the first levy payable by the new insurer member as follows:
(a) two hundred and fifty thousand ringgit; or
(b) an amount based on a rate to be prescribed by the Minister on the recommendation of the Corporation and calculated in accordance with section 71A,
whichever is higher.
(3) Where the business of one or more insurer members only is transferred under a business transfer scheme to a new insurer member—
(a) before the annual due date referred to in subsection 72(1) in an assessment year, no annual levy shall be required to be paid by the insurer members for that assessment year; and
(b) after the annual due date referred to in subsection 72(1) in an assessment year, no first levy shall be required to be paid by the new insurer member.
(4) For the avoidance of doubt, different rates may be prescribed under subsections (1) and (2) for categories in which new insurer members are classified under levy regulations and different rates may apply to different categories of new insurer members.
(5) A new insurer member shall pay the first levy to the Corporation within thirty days from the date it becomes a member or such other period as may be specified by the Corporation.
Malay text (authoritative)
Levi pertama berkenaan dengan anggota penanggung insurans baharu
(1) Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), Perbadanan hendaklah mentaksir dan memungut levi pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans baharu bagi tahun taksiran yang ia menjadi suatu institusi anggota seperti yang berikut:
(a) dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau
(b) suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 71A,
mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3), jika perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penanggung insurans baharu, Perbadanan hendaklah
mentaksir dan memungut levi pertama yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans baharu seperti yang berikut:
(a) dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau
(b) suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 71A,
mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(3) Jika perniagaan satu atau lebih anggota penanggung insurans sahaja dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penanggung insurans baharu—
(a) sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 72(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada levi tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penanggung insurans bagi tahun taksiran itu; dan
(b) selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 72(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada levi pertama yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penanggung insurans baharu itu.
(4) Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang berbeza boleh ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) bagi kategori yang anggota penanggung insurans baharu dikelaskan di bawah peraturan-peraturan levi dan kadar yang berbeza boleh terpakai bagi kategori anggota penanggung insurans baharu yang berbeza.
(5) Anggota penanggung insurans baharu hendaklah membayar levi pertama kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh ia menjadi suatu anggota atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Perbadanan.
Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).