My bookmarksSign up free
← International Islamic Liquidity Management Corporation Act 2011

International Islamic Liquidity Management Corporation Act 2011 s 7

s 7 Power of the Minister to confer privileges and immunities

(1) The Minister charged with the responsibility for foreign affairs may by regulations, subject to the conditions prescribed in such regulations, confer upon— (a) the Corporation or a subsidiary conferred with the status of international organization under subsection 6(1), all or any of the privileges and immunities specified in Schedule 1; (b) a person— (i) who is, or is performing the duties of, the chief executive officer of the Corporation, all or any of the privileges and immunities specified in Part I of Schedule 2; and (ii) who was, or has ceased to perform the duties of, the chief executive officer of the Corporation, the immunities specified in Part II of Schedule 2; (c) a person— (i) who is a representative of a member of the Governing Board and is performing his duties pursuant to the Articles of Agreement, all or any of the privileges and immunities specified in Part I of Schedule 3; (ii) accredited to, or is in attendance at an international conference or meeting that is convened by, the Corporation as a representative of a member of the General Assembly, all or any of the privileges and immunities specified in Part I of Schedule 3; and (iii) who has ceased to be a representative of a member of the Governing Board, or was a person accredited to, or was in attendance at the conference or meeting convened by, the Corporation as a representative of a member of the General Assembly, the immunities specified in Part II of Schedule 3; (d) a person— (i) who is serving on the committee of the Corporation, all or any of the privileges and immunities specified in Part I of Schedule 4; and (ii) who was, or has ceased serving on the committee of the Corporation, the immunities specified in Part II of Schedule 4; (e) a person— (i) who is an officer of the Corporation, all or any of the privileges and immunities specified in Part I of Schedule 5; and (ii) who was, or has ceased to perform the duties of, an officer of the Corporation, the immunities specified in Part II of Schedule 5; (f) a subsidiary, a special purpose vehicle, a trust or fund of the Corporation, or any other person in relation to Islamic securities issued or guaranteed by the Corporation, a subsidiary, a special purpose vehicle or a trust or fund of the Corporation, as the case may be, all or any of the privileges specified in Part I of Schedule 6; and (g) a person who is an officer of a subsidiary, a special purpose vehicle or a trust or fund of the Corporation, all or any of the privileges specified in Part II of Schedule 6. (2) A person conferred the privileges and immunities under subparagraphs (1)(c)(i) and (ii) enjoys the same privileges and immunities while travelling to a place for the purpose of performing his duties as a representative of a member of the Governing Board or attending the conference or meeting and while returning from a place after performing his duties or attending the conference or meeting. (3) A person conferred the privileges and immunities under subparagraph (1)(d)(i) enjoys the same privileges and immunities while travelling to a place for the purpose of serving on the committee and while returning from a place after serving the committee. (4) The privileges and immunities that are conferred under subparagraphs (1)(c)(i) and (ii) and subparagraph (1)(d)(i) applies to— (a) an alternate or deputy of, or substitute for, a representative of a member of the Governing Board; and (b) an adviser to a person, accredited to or in attendance at an international conference or meeting that is convened by the Corporation, as a representative of a member of the General Assembly. (5) A Malaysian citizen shall not be entitled to any privileges and immunities conferred under this Act, except immunity from suit and legal process in respect of acts and things done in his official capacity for the purpose of the Corporation. (6) Any privileges and immunities with respect to matters relating to finance shall only be conferred with the consent of the Minister charged with the responsibility for finance. (7) For the purposes of paragraphs (1)(e) and (g), an “officer” means an officer who is working full time with the Corporation or a subsidiary, as the case may be, or whose rank shall be as prescribed by the Minister charged with the responsibility for foreign affairs by regulations.

Malay text (authoritative)

Kuasa Menteri untuk memberikan keistimewaan dan kekebalan

(1) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri boleh melalui peraturan-peraturan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, memberi— (a) Perbadanan atau suatu subsidiari yang diberikan taraf organisasi antarabangsa di bawah subseksyen 6(1), kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Jadual 1; (b) seseorang— (i) yang menjadi, atau sedang melaksanakan kewajipan, ketua pegawai eksekutif Perbadanan, kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 2; dan (ii) yang tidak lagi menjadi, atau terhenti untuk melaksanakan kewajipan, ketua pegawai eksekutif Perbadanan, kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual 2; (c) seseorang— (i) yang menjadi wakil kepada anggota Lembaga Pengelola dan sedang melaksanakan kewajipannya menurut Perkara Perjanjian, kesemua atau manamana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 3; (ii) yang ditauliahkan kepada, atau yang hadir di sesuatu persidangan antarabangsa atau mesyuarat yang diadakan oleh, Perbadanan sebagai wakil kepada anggota Perhimpunan Agung, kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 3; dan (iii) yang terhenti menjadi wakil kepada anggota Lembaga Pengelola, atau pernah ditauliahkan kepada, atau pernah menghadiri persidangan atau mesyuarat yang diadakan oleh, Perbadanan sebagai wakil kepada anggota Perhimpunan Agung, kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual 3; (d) seseorang— (i) yang sedang berkhidmat dalam jawatankuasa Perbadanan, kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 4; dan (ii) yang tidak lagi, atau terhenti berkhidmat dalam jawatankuasa Perbadanan, kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual 4; (e) seseorang— (i) yang menjadi pegawai Perbadanan, kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 5; dan (ii) yang tidak lagi menjadi, atau terhenti untuk menjalankan kewajipan, seorang pegawai Perbadanan, kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual 5; (f) suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas, suatu amanah atau dana Perbadanan, atau mana-mana orang lain berhubung dengan sekuriti Islam yang diterbitkan atau dijaminkan oleh Perbadanan, suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana Perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kesemua atau mana-mana keistimewaan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 6; dan (g) seseorang yang menjadi pegawai suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana Perbadanan, kesemua atau mana-mana keistimewaan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual 6. (2) Seseorang yang diberikan keistimewaan dan kekebalan di bawah subperenggan (1)(c)(i) dan (ii) menikmati keistimewaan dan kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi tujuan melaksanakan kewajipannya sebagai seorang wakil kepada anggota Lembaga Pengelola atau menghadiri persidangan atau mesyuarat dan semasa dalam perjalanan pulang dari sesuatu tempat selepas melaksanakan kewajipannya atau menghadiri persidangan atau mesyuarat. (3) Seseorang yang diberikan keistimewaan dan kekebalan di bawah subperenggan (1)(d)(i) menikmati keistimewaan dan kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi tujuan berkhidmat dalam jawatankuasa dan semasa dalam perjalanan pulang selepas berkhidmat dalam jawatankuasa. (4) Keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah subperenggan (1)(c)(i) dan (ii) dan subperenggan (1)(d)(i) terpakai bagi— (a) seorang wakil silih ganti atau pemangku, atau pengganti, seseorang wakil kepada anggota Lembaga Pengelola; dan (b) seseorang penasihat kepada seseorang, yang ditauliahkan kepada atau yang hadir persidangan antarabangsa atau mesyuarat yang diadakan oleh Perbadanan, sebagai wakil kepada anggota Perhimpunan Agung. (5) Seseorang warganegara Malaysia tidak berhak kepada mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah Akta ini, kecuali kekebalan daripada guaman dan proses undangundang berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifat rasminya bagi maksud Perbadanan. (6) Mana-mana keistimewaan dan kekebalan berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan kewangan hendaklah diberikan hanya dengan persetujuan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan. (7) Bagi maksud perenggan (1)(e) dan (g), seorang “pegawai” ertinya seorang pegawai yang bekerja sepenuh masa dengan Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau yang pangkatnya hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri melalui peraturan-peraturan.

Read this section in the full act →

Find Act 721 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next