(1) All goods seized in exercise of any power conferred under this Act shall be liable to forfeiture.
(2) An order for the forfeiture or for the release of any goods seized in exercise of any power conferred under this Act shall be made by the court before which the prosecution with regard thereto has been held and an order for the forfeiture of the goods shall be made if it is proved to the satisfaction of the court that an offence under this Act has been committed and that the goods were the subject matter of or were used in the commission of the offence notwithstanding that no person may have been convicted of such offence.
(3) If there be no prosecution with regard to any goods seized in exercise of any power conferred under this Act, such goods shall be taken and deemed to be forfeited at the expiration of one calendar month from the date of seizure unless a claim thereto is made before the date in the manner hereinafter set forth.
(4) Any person asserting that he is the owner of such goods and that they are not liable to forfeiture may personally or by his agent authorised in writing give written notice to an Assistant Controller that he claims the same.
(5) On receipt of such notice the Assistant Controller shall refer the claim to the Controller who may direct that such goods be released or may direct the Assistant Controller to refer the matter to a court for decision.
(6) The court to which the matter is referred shall issue a summons requiring the person asserting that he is the owner of the goods and the person from whom they were seized to appear before it and upon his appearance or default to appear, due service of the summons being proved, the court shall proceed to the examination of the matter and on proof that an offence under this Act has been committed and that such goods were the subject matter or were used in the commission of such offence shall order the same to be forfeited or may in the absence of such proof order their release.
(7) All things forfeited or deemed to be forfeited shall be delivered to the Assistant Controller and shall be disposed of in accordance with the directions of the Controller.
Malay text (authoritative)
Pelucuthakan barangan
(1) Semua barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
(2) Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apaapa barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan barangan itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barangan itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walau pun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barangan itu hendaklah dikira dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan mengenainya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.
(4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barangan itu dan bahawa barangan itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada Penolong Pengawal bahawa dia menuntut barangan itu.
(5) Apabila diterima notis itu Penolong Pengawal hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengawal yang boleh mengarahkan supaya barangan itu dilepaskan atau boleh mengarahkan Penolong Pengawal supaya merujukkan perkara itu kepada suatu mahkamah untuk keputusan.
(6) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barangan itu dan orang yang daripadanya barangan itu telah disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barangan itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya barangan itu dilucuthakkan atau boleh, jika tidak dibuktikan sedemikian, memerintahkan supaya barangan itu dilepaskan.
(7) Semua benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengawal.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).