National Visual Arts Development Board Act 2011 Schedule
Schedule SCHEDULESupplementary
[Subsection 6(4)]
Board may invite others to meetings
1. (1) The Board may invite any person to attend a meeting or deliberation of the Board for the purpose of advising it on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting or deliberation.
(2) A person invited under subparagraph (1) may be paid such fee as the Board may determine.
Disclosure of interest
2. A member of the Board having, directly or indirectly, by himself or his partner, any interest in any company or undertaking with which the Board proposes to make any contract or having any interest in any such contract or in any matter under discussion by the Board shall disclose to the Board the fact of his interest and the nature thereof, and such disclosure shall be recorded in the minutes of the Board and, unless specifically authorized thereto by the Chairman, such member shall take no part in any deliberation or decision of the Board relating to the contract or matter.
Minutes
3. (1) The Board shall cause minutes of all its meetings to be maintained and kept in a proper form.
(2) Any minutes made of meetings of the Board shall, if duly signed, be admissible in evidence in all legal proceedings without further proof.
(3) Every meeting of the Board in respect of the proceedings of which minutes have been made in accordance with subparagraphs(1) and (2) shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act.
Validity of acts and proceedings
4. No act done or proceeding taken under this Act shall be questioned on the ground ofβ
(a) a vacancy in the membership of, or a defect in the constitution of, the Board;
(b) the contravention by any member of the Board of the provisions of paragraph 2; or
(c) an omission, a defect or an irregularity not affecting the merits of the case.
Member of Board to devote time to business of Board
5. Every member of the Board shall devote such time to the business of the Board as may be necessary to discharge his duties effectively.
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA
Malay text (authoritative)
JADUAL
[Subseksyen 6(4)]
Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat
1. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang menghadiri sesuatu mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Penzahiran kepentingan
2. Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana- mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat sesuatu kontrak atau apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat kepentingan dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Minit
3. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
(3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat menurut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Kesahan tindakan dan prosiding
4. Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawaβ
(a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;
(b) ada pelanggaran perenggan 2 oleh anggota Lembaga; atau
(c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga
5. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.
Read this section in the full act β
Find Act 724 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).