s 29 Provision of information
(1) Notwithstanding any other written law, if the Authority has reasonable grounds to believe that any person—
(a) has any information or any document that is relevant to the performance of the Authority’s functions and powers under this Act or its subsidiary legislation; or
(b) is capable of giving any evidence which the Authority has reasonable grounds to believe is relevant to the performance of the Authority’s functions and powers under this Act or its subsidiary legislation,
the Authority may, by written notice, order that person—
(A) to give any such information to an authorized officer in the manner and form and within the period as specified in the notice or such extended period as the Authority may grant;
(B) to produce any such documents, whether in physical form or in electronic media, to an authorized officer in the manner and within the period as specified in the notice or such extended period as the Authority may grant;
(C) to make copies of any such documents and to produce those copies to an authorized officer in the manner and within the period as specified in the notice or such extended period as the Authority may grant;
(D) if the person is an individual, to appear, at a private hearing, before an authorized officer at a time and place specified in the notice to give any evidence, either orally or in writing, and produce any documents, whether in physical form or in electronic media, in the manner and within the period as specified in the notice or such extended period as the Authority may grant;
(E) if the person is a body corporate or a public body, to cause a competent officer of the body to appear, at a private hearing, before an authorized officer at a time and place specified in the notice to give any evidence, either orally or in writing, and produce any documents, whether in physical form or in electronic media, in the manner and within the period as specified in the notice or such extended period as the Authority may grant; or
(F) if the person is a partnership, to cause an individual who is a partner in the partnership or an employee of the partnership to appear, at a private hearing, before an authorized officer at a time and place specified in the notice to give any evidence, either orally or in writing,
and produce any documents, whether in physical form or in electronic media, in the manner and within the period as specified in the notice or such extended period as the Authority may grant.
(2) Any person required to provide information or documents under subsection (1) shall ensure that the information or documents provided are true, accurate and complete and such person should provide a representation to that effect, including a representation that he is not aware of any other information or document which would make the information or document provided untrue or misleading.
Malay text (authoritative)
Pemberian maklumat
(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika Pihak Berkuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang—
(a) mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya; atau
(b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Pihak Berkuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya,
Pihak Berkuasa boleh, melalui notis bertulis, memerintahkan orang itu—
(A) supaya memberikan apa-apa maklumat sedemikian kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan bentuk dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
(B) supaya mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
(C) supaya membuat salinan apa-apa dokumen sedemikian dan supaya mengemukakan salinan itu kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
(D) jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apaapa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
(E) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apaapa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; atau
(F) jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.
(2) Mana-mana orang yang dikehendaki supaya memberikan maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu patut memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).