(1) The Authority may publish any information received by it in the course of exercising its functions and powers under this Part.
(2) The Authority shall consider the commercial interest of the parties to whom the information relates before publishing such information.
(3) The Authority shall not publish any information or any part of any information disclosed to it if the publication—
(a) is likely to prejudice the fair trial of a person; or
(b) would involve the unreasonable disclosure of personal information about any individual, including a deceased person,
but the Authority may publish an extract relating to such information provided that the particulars in the extract shall not be arranged in any way which would compromise or prejudice the person providing such information.
Malay text (authoritative)
Penyiaran maklumat
(1) Pihak Berkuasa boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang diterimanya dalam menjalankan fungsi dan kuasanya di bawah Bahagian ini.
(2) Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan kepentingan komersial pihak-pihak yang dengannya maklumat itu berkaitan sebelum menyiarkan maklumat itu.
(3) Pihak Berkuasa tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat atau apa-apa bahagian mana-mana maklumat yang dizahirkan kepadanya jika penyiaran itu—
(a) berkemungkinan akan menjejaskan perbicaraan adil seseorang; atau
(b) akan melibatkan penzahiran yang tidak munasabah akan maklumat peribadi mengenai mana-mana individu, termasuk orang yang telah mati,
tetapi Pihak Berkuasa boleh menyiarkan suatu cabutan yang berhubungan dengan maklumat sedemikian dengan syarat bahawa butir-butir dalam cabutan itu tidak digubah dalam apa-apa cara yang akan menjejaskan atau memudaratkan orang yang memberikan maklumat itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).