My bookmarksSign up free
← Renewable Energy Act 2011

Renewable Energy Act 2011 s 53

Renewable Energy Act 2011 s 53

s 53 Compounding of offences

(1) The Minister may, by regulations, prescribe any offence under this Act or its subsidiary legislation to be a compoundable offence. (2) The Authority may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act or its subsidiary legislation and prescribed to be a compoundable offence by making a written offer to the person suspected to have committed the offence to compound the offence upon payment to the Authority an amount of money not exceeding fifty per centum of the maximum fine for that offence within such time as may be specified in the written offer. (3) An offer under subsection (2) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer, or such extended time as the Authority may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made. (4) Where an offence has been compounded under subsection (2), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made, and any equipment, instrument, material, book, record, account, document or thing seized under this Act or its subsidiary legislation in connection with the offence may be released by the Authority, subject to such terms and conditions as it thinks fit to impose in accordance with the conditions of the compound. (5) All sums of money received by the Authority under this section shall be paid into the Federal Consolidated Fund.

Malay text (authoritative)

Pengkompaunan kesalahan

(1) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, menetapkan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya sebagai kesalahan boleh kompaun. (2) Pihak Berkuasa boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dan yang ditetapkan menjadi kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pihak Berkuasa suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pihak Berkuasa, tertakluk kepada apaapa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat kompaun itu. (5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 725 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next