My bookmarksSign up free
← Renewable Energy Act 2011

Renewable Energy Act 2011 s 55

Renewable Energy Act 2011 s 55

s 55 Offences by body corporate

(1) If a body corporate commits an offence under this Act or its subsidiary legislation, a person who at the time of the commission of the offence was a director, chief executive officer, chief operating officer, manager, secretary or other similar officer of the body corporate or was purporting to act in any such capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the body corporate or was assisting in such management— (a) may be charged severally or jointly in the same proceedings with the body corporate; and (b) if the body corporate is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of that offence unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves— (i) that the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and (ii) that he had taken all reasonable precautions and exercised due diligence to prevent the commission of the offence. (2) Whenever any agent or employee in the course of his employment does or omits to do any act the doing or the omission to do of which by his principal or employer would be an offence against this Act, such agent or employee shall be guilty of that offence, and subsection (3) shall apply to his principal or employer. (3) If any person would be liable under this Act or its subsidiary legislation to any punishment or penalty for his act, omission, neglect or default, he shall be liable to the same punishment or penalty for every such act, omission, neglect or default of any employee or agent of his, or of the employee of the agent, if the act, omission, neglect or default was committed— (a) by that person’s employee in the course of his employment; (b) by the agent when acting on behalf of that person; or (c) by the employee of the agent in the course of his employment by the agent or otherwise on behalf of the agent acting on behalf of that person.

Malay text (authoritative)

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

(1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas manamana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian— (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelak pelakuan kesalahan itu. (2) Bilamana mana-mana ejen atau pekerja dalam penjalanan pekerjaannya melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan yang pelakuan atau peninggalan untuk berbuat demikian oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini, ejen atau pekerja itu adalah melakukan kesalahan itu, dan subseksyen (3) hendaklah terpakai bagi prinsipal atau majikannya itu. (3) Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja kepada ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan— (a) oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya; (b) oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau (c) oleh pekerja kepada ejen itu dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 725 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next