(1) An eligible producer who has executed an agreement for the sale and purchase of electricity with a distribution licensee
prior to the coming into operation of this Act shall have the option of either—
(a) applying to participate in the feed-in-tariff system, terminating any such prior agreement with the distribution licensee with the consent of the distribution licensee and entering into a renewable energy power purchase agreement prescribed under this Act; or
(b) continuing under his or its existing agreement with the distribution licensee and not participating in the feed-in tariff system.
(2) Sections 5, 6, 7, 8, 9, 10 and 11 shall apply mutatis mutandis where an eligible producer referred to in subsection (1) has opted to participate in the feed-in tariff system.
(3) Upon the grant of a feed-in approval to an eligible producer referred to in subsection (1), Parts III and IV shall apply mutatis mutandis to the feed-in approval holder except that the effective period applicable to such feed-in approval holder shall be reduced by a period equivalent to the period during which his or its renewable energy installation had generated electricity for commercial sale to the distribution licensee prior to the grant of the feed-in approval.
Malay text (authoritative)
Penjana tenaga boleh baharu yang sedia ada
(1) Seseorang penjana yang layak yang telah menyempurnakan suatu perjanjian bagi penjualan dan pembelian elektrik dengan seseorang pemegang lesen pengagihan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah mempunyai pilihan sama ada—
(a) memohon untuk menyertai sistem tarif galakan, menamatkan mana-mana perjanjian terdahulu sedemikian dengan pemegang lesen pengagihan dengan persetujuan pemegang lesen pengagihan itu dan membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang ditetapkan di bawah Akta ini; atau
(b) meneruskan di bawah perjanjiannya yang sedia ada dengan pemegang lesen pengagihan dan tidak menyertai sistem tarif galakan.
(2) Seksyen 5, 6, 7, 8, 9, 10 dan 11 hendaklah terpakai mutatis mutandis jika penjana yang layak yang disebut dalam subseksyen (1) telah memilih untuk menyertai sistem tarif galakan.
(3) Apabila kelulusan galakan diberikan kepada penjana yang layak yang disebut dalam subseksyen (1), Bahagian III dan IV hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pemegang kelulusan galakan itu kecuali bahawa tempoh berkuat kuasa yang terpakai bagi pemegang kelulusan galakan itu hendaklah dikurangkan dengan suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang dalamnya pepasangan tenaga boleh baharunya telah menjana elektrik bagi penjualan komersial kepada pemegang lesen pengagihan sebelum pemberian kelulusan galakan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).