My bookmarksSign up free
← Renewable Energy Act 2011

Renewable Energy Act 2011 s 9

Renewable Energy Act 2011 s 9

s 9 Power to impose additional conditions and to vary or revoke conditions

(1) The Authority may, at any time— (a) impose any additional conditions on a feed-in approval; or (b) vary or revoke any conditions imposed on a feed-in approval. (2) Before the Authority makes a decision under subsection (1), the Authority shall give the feed-in approval holder— (a) a written notice of the Authority’s intention together with a draft copy of the imposition, variation or revocation of conditions; and (b) an opportunity to make written submissions within a period specified in the written notice which shall not be less than thirty days. (3) After the expiry of the period specified in the notice, the Authority shall, after considering any written submission made by the feed-in approval holder, decide whether to impose the additional conditions, to vary or revoke any existing conditions or to take no further action. (4) The Authority shall give the feed-in approval holder a written notice of the Authority’s decision under subsection (3) as soon as practicable and the decision shall take effect on a date to be specified in the written notice.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan dan untuk mengubah atau membatalkan syarat

(1) Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa— (a) mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas kelulusan galakan; atau (b) mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas kelulusan galakan. (2) Sebelum Pihak Berkuasa membuat keputusan di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah memberi pemegang kelulusan galakan itu— (a) suatu notis bertulis mengenai niat Pihak Berkuasa itu berserta dengan suatu salinan draf pengenaan, pengubahan atau pembatalan syarat itu; dan (b) suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari. (3) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Pihak Berkuasa hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang kelulusan galakan itu, memutuskan sama ada untuk mengenakan syarat tambahan itu, untuk mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau untuk tidak mengambil tindakan selanjutnya. (4) Pihak Berkuasa hendaklah memberi pemegang kelulusan galakan suatu notis bertulis mengenai keputusan Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 725 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next