Sustainable Energy Development Authority Act 2011 s 29
Sustainable Energy Development Authority Act 2011 s 29
s 29 Sustainable Energy Development Authority Fund
(1) A fund to be known as the “Sustainable Energy Development Authority Fund” is established and shall be administered and controlled by the Authority.
(2) The Fund shall consist of—
(a) such sums as may be provided by the Parliament for the purposes of this Act from time to time;
(b) all or any part of the fees, costs, levies, contributions and other charges imposed by or payable to the Authority under the sustainable energy laws;
(c) all moneys derived as income from investments by the Authority;
(d) all moneys derived from the sale, disposal, lease or hire, or any other dealing with, any property, mortgage, charge or debenture vested in or acquired by the Authority;
(e) all moneys earned from consultancy and advisory services and any other services provided by the Authority;
(f) sums borrowed by the Authority under section 33;
(g) such sums as may be paid to the Authority from time to time for loans made by the Authority;
(h) all moneys earned by the operation of any project, scheme or enterprise financed from the Fund;
(i) all donations and contributions received from within or outside Malaysia;
(j) all other sums or property which may in any manner become payable to or vested in the Authority in respect of any matter incidental to its functions, powers and duties; and
(k) all other moneys lawfully received by the Authority.
(3) Notwithstanding paragraph (2)(b), the moneys referred to in that paragraph which are in excess of the financial requirement of the Authority for the performance of its functions may be paid into the Federal Consolidated Fund.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari
(1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Pihak Berkuasa.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;
(b) semua atau mana-mana bahagian fi, kos, levi, sumbangan dan caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa di bawah undang-undang tenaga lestari;
(c) semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa;
(d) semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Pihak Berkuasa;
(e) semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
(f) wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 33;
(g) apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa bagi pinjaman yang dibuat oleh Pihak Berkuasa;
(h) semua wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(i) semua derma dan sumbangan yang diterima dalam atau di luar Malaysia;
(j) semua jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya, kuasanya dan kewajipannya; dan
(k) semua wang lain yang diterima dengan sah oleh Pihak Berkuasa.
(3) Walau apa pun perenggan (2)(b), wang yang disebut dalam perenggan itu yang melebihi kehendak kewangan Pihak Berkuasa bagi pelaksanaan fungsinya boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Text as at 10 November 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).