Sustainable Energy Development Authority Act 2011 s 4
s 4 Common seal
(1) The Authority shall have a common seal which shall bear a device approved by the Authority and the seal may from time to time be broken, changed, altered and made anew as the Authority thinks fit.
(2) Until a seal is provided by the Authority, a stamp bearing the words “Sustainable Energy Development Authority Malaysia” may be used and shall be deemed to be the common seal of the Authority.
(3) The common seal shall be kept in the custody of the Chairman or any other person authorized by the Authority, and shall be authenticated by either the Chairman or such person as may be authorized by the Chairman in writing.
(4) All deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the seal and duly authenticated shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed.
(5) Any deed, document or other instrument which, if executed by a person not being a body corporate, is not required to be under seal may in like manner be executed by a member of the Authority or an employee of the Authority authorized in that behalf.
(6) The common seal of the Authority shall be officially and judicially noticed.
Malay text (authoritative)
Meterai perbadanan
(1) Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu peranti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa.
(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Pihak Berkuasa, suatu cap yang mengandungi perkataan “Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Pihak Berkuasa.
(3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
(4) Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
(5) Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Pihak Berkuasa atau seorang pekerja Pihak Berkuasa yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa bagi bagi maksud itu.
(6) Meterai perbadanan Pihak Berkuasa hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 726 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 10 November 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).