My bookmarksSign up free
← Sustainable Energy Development Authority Act 2011

Sustainable Energy Development Authority Act 2011 s 40

Sustainable Energy Development Authority Act 2011 s 40

s 40 Offence for unauthorized modification of information in the Authority’s custody

(1) A person who does any act which he knows will cause unauthorized modification of any information, statistic or other data, whether in electronic form or otherwise, in the possession, custody or control of the Authority, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three hundred thousand ringgit. (2) A person who, with the intention of causing injury as defined in the Penal Code [Act 574], does any act which he knows will cause unauthorized modification of any information, statistic or other data, whether in electronic form or otherwise, in the possession, custody or control of the Authority, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (3) For the purposes of this section— (a) it is immaterial that the act in question is not directed at— (i) any particular information, statistic or data; (ii) information, statistic or data of any kind; or (iii) any information, statistic or data held in any particular location; (b) it is immaterial whether an unauthorized modification is, or is intended to be, permanent or merely temporary; and (c) a modification of any information, statistic or data takes place if— (i) such information, statistic or data is altered or erased; (ii) any new information, statistic or data is introduced or added to such information, statistic or data; or (iii) any event occurs which impairs the ability of the Authority to have access to such information, statistic or data, and includes any act that contributes towards causing such a modification.

Malay text (authoritative)

Kesalahan bagi pengubahsuaian tanpa kuasa maklumat dalam jagaan Pihak Berkuasa

(1) Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa apa-apa maklumat, statistik atau data lain, sama ada dalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milikan, jagaan atau kawalan Pihak Berkuasa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit. (2) Seseorang yang, dengan niat untuk mengakibatkan kecederaan seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574], melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa apa-apa maklumat, statistik atau data lain, sama ada dalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milikan, jagaan atau kawalan Pihak Berkuasa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (3) Bagi maksud seksyen ini— (a) adalah tidak material bahawa perbuatan yang berkenaan itu tidak ditujukan kepada— (i) apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu; (ii) apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau (iii) apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi yang tertentu; (b) adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kuasa adalah, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara; dan (c) sesuatu pengubahsuaian apa-apa maklumat, statistik atau data berlaku jika— (i) maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan; (ii) apa-apa maklumat, statistik atau data baru dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau (iii) apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Pihak Berkuasa untuk mendapatkan capaian kepada maklumat, statistik atau data itu, dan termasuklah apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 726 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 10 November 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next