Sustainable Energy Development Authority Act 2011 Schedule
Schedule SCHEDULESupplementary
[Subsection 7(1)]
Meetings
1. (1) The Authority is to hold as many meetings as are necessary for the efficient performance of its functions and such meetings shall be held at such times and places as the Chairman may determine, provided that the Chairman shall not allow more than two months to lapse between meetings.
(2) The Chairman shall call for a meeting if requested to do so in writing by the Minister or by at least four members of the Authority.
(3) The Chairman shall preside at a meeting of the Authority.
(4) The Chairman and four other members of the Authority shall form a quorum at any meeting of the Authority.
(5) Every member present at a meeting of the Authority shall be entitled to one vote.
(6) If on any question to be determined by the Authority there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote.
(7) Any member may request for the holding of or participation in any meeting of the Authority by means of instantaneous telecommunication device such as telephone, video conferencing or other electronic means of audio or audio-visual communications. The contemporaneous linking together by such instantaneous telecommunication device of a number of members sufficient to constitute a quorum, although the members are not present together in one place at the time of the conference, shall constitute a duly convened and constituted meeting of the Authority, provided thatβ
(a) the Chairman has approved the holding of or participation in such meeting by means of instantaneous telecommunication device;
(b) all the members have received notice of such meeting and the means by which the meeting will be conducted;
(c) each of the members taking part in the meeting by the instantaneous telecommunication device must be able to hear each of the other members taking part at the commencement and for the duration of the meeting; and
(d) at the commencement of the meeting and prior to the voting on any resolution, each member must acknowledge his presence for the purpose of the meeting to all of the other members taking part.
Authority may invite others to meetings
2. (1) The Authority may invite any other person to attend any meeting or discussion of the Authority for the purpose of advising it on any matter under discussion, but any person so attending shall have no right to vote at the meeting or discussion.
(2) Any person invited to attend any meeting or discussion of the Authority under subparagraph (1) may be paid such allowances and other expenses as the Authority may determine.
Resolutions without meetings
3. (1) A resolution is taken to have been passed at a meeting of the Authority ifβ
(a) all members of the Authority have been informed of the proposed resolution, or reasonable efforts have been made to inform all members of the Authority of the proposed resolution; and
(b) without meeting, all of the members of the Authority indicate agreement with the resolution in accordance with the method determined by the Authority under subparagraph (2).
(2) Subparagraph (1) applies only if the Authorityβ
(a) decides that the subparagraph applies; and
(b) decides the method by which members of the Authority are to indicate agreement with the resolutions.
Minutes
4. (1) The Authority and every committee shall cause minutes of all their meetings to be maintained and kept in proper form.
(2) A committee shall cause copies of the minutes of all its meetings to be signed and submitted to the Authority as soon as practicable.
(3) Any minutes made of meetings of the Authority or a committee, if duly signed, shall be admissible in evidence in all legal proceedings without further proof.
(4) Every meeting of the Authority or committee in respect of the proceedings of which minutes have been made in accordance with subparagraphs (1) and (2) shall be deemed to have been duly convened and held and all members at the meeting to have been duly qualified to act.
Procedure
5. Subject to this Act, the Authority may regulate its own procedure.
Validity of acts and proceedings
6. No act done or proceedings taken under this Act shall be questioned on the ground ofβ
(a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of, the Authority; or
(b) any omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case.
Member of the Authority to devote time to business of the Authority
7. Every member of the Authority shall devote such time to the business of the Authority as may be necessary to discharge his duties effectively.
LAWS OF MALAYSIA
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY
Malay text (authoritative)
JADUAL
[Subseksyen 7(1)]
Mesyuarat
1. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat.
(2) Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta untuk berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya empat orang anggota Pihak Berkuasa.
(3) Pengerusi hendaklah mempengerusikan sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa.
(4) Pengerusi dan empat orang anggota lain Pihak Berkuasa hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa.
(5) Tiap-tiap anggota yang hadir pada mesyuarat Pihak Berkuasa layak kepada satu undi.
(6) Jika tentang apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Pihak Berkuasa terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
(7) Mana-mana anggota boleh meminta supaya diadakan atau untuk menyertai mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa melalui peranti telekomunikasi serta-merta seperti telefon, sidang video atau kaedah elektronik lain untuk komunikasi audio atau audio visual. Penyambungan bersama dengan serentak beberapa bilangan anggota melalui peranti telekomunikasi serta-merta itu cukup untuk membentuk suatu kuorum, walaupun pada hakikatnya anggota-anggota itu tidak hadir bersama di satu tempat pada masa mesyuarat itu bersidang, hendaklah menjadi mesyuarat Pihak Berkuasa yang diadakan dan dibentuk dengan sewajarnya, dengan syarat bahawaβ
(a) Pengerusi telah meluluskan pengadaan atau penyertaan dalam mesyuarat itu melalui peranti telekomunikasi serta-merta;
(b) semua anggota telah menerima notis mengenai mesyuarat itu dan kaedah yang melaluinya mesyuarat itu akan diadakan;
(c) setiap anggota yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu melalui peranti telekomunikasi serta-merta mestilah boleh mendengar setiap anggota lain yang mengambil bahagian pada masa permulaan dan selama tempoh mesyuarat itu; dan
(d) pada permulaan mesyuarat dan sebelum pengundian tentang apa-apa ketetapan, setiap anggota mestilah mengesahkan kehadirannya bagi maksud mesyuarat itu kepada semua anggota lain yang mengambil bahagian.
Pihak Berkuasa boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
2. (1) Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Pihak Berkuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau perbincangan itu.
(2) Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat atau perbincangan Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Ketetapan tanpa bermesyuarat
3. (1) Sesuatu ketetapan dikira telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa jikaβ
(a) semua anggota Pihak Berkuasa telah dimaklumkan tentang ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memaklumkan semua anggota Pihak Berkuasa mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; dan
(b) tanpa bermesyuarat, semua anggota Pihak Berkuasa menandakan persetujuan tentang ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (2).
(2) Subperenggan (1) terpakai hanya jika Pihak Berkuasaβ
(a) memutuskan bahawa subperenggan itu terpakai; dan
(b) memutuskan kaedah yang dengannya anggota Pihak Berkuasa hendaklah menandakan persetujuan tentang ketetapan itu.
Minit
4. (1) Pihak Berkuasa dan tiap-tiap jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan salinan minit semua mesyuaratnya ditandatangani dan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa secepat yang dapat dilaksanakan.
(3) Apa-apa minit mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
(4) Tiap-tiap mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkenaan dengan prosiding yang minitnya telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Tatacara
5. Tertakluk pada Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Kesahan perbuatan dan prosiding
6. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawaβ
(a) terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau terdapat apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Pihak Berkuasa; atau
(b) terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan Pihak Berkuasa
7. Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan Pihak Berkuasa sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI 2011
Read this section in the full act β
Find Act 726 on lom.agc.gov.my β
Text as at 10 November 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).