My bookmarksSign up free
← Food Analysts Act 2011

Food Analysts Act 2011 s 32

Food Analysts Act 2011 s 32

s 32 Practising without annual practising certificate

(1) A registered food analyst who practises without an annual practising certificate commits an offence and shall, on conviction, be liable— (a) in respect of a first offence, to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both; and (b) in respect of a subsequent offence, to a fine not exceeding forty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding four years or to both. (2) Any person who— (a) is in partnership with a person who practises food analysis without a valid annual practising certificate; or (b) employs a person who practises food analysis without a valid annual practising certificate, commits an offence and shall, on conviction, be liable— (A) in respect of a first offence, to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both; (B) in respect of a subsequent offence, to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both; (C) in respect of a continuing offence, to a further fine of five hundred ringgit for each day the offence continues after conviction in addition to the penalties provided under paragraphs (A) and (B). (3) A person referred to in subsection (2) shall not be deemed to have committed an offence if he proves that the offence was committed without his knowledge, consent or connivance.

Malay text (authoritative)

Menjalankan amalan tanpa perakuan amalan tahunan

(1) Seseorang juruanalisis makanan berdaftar yang menjalankan amalan tanpa perakuan amalan tahunan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan (b) berkenaan dengan kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau keduaduanya. (2) Mana-mana orang yang— (a) menjalankan perkongsian dengan seseorang yang menjalankan amalan menganalisis makanan tanpa perakuan amalan tahunan yang sah; atau (b) mengambil khidmat seseorang yang menjalankan amalan menganalisis makanan tanpa perakuan amalan tahunan yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (A) berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya; (B) berkenaan dengan kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya; (C) berkenaan dengan kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (A) dan (B). (3) Seseorang yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah tidak boleh disifatkan telah melakukan suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 727 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next