My bookmarksSign up free
← Food Analysts Act 2011

Food Analysts Act 2011 s 38

Food Analysts Act 2011 s 38

s 38 Power to enter premises, examine and seize documents, etc.

(1) An authorized officer may, at any time, enter any premises in which a registered food analyst is practising food analysis or in which there is reasonable ground to believe that a person is practising food analysis and exercise the following powers: (a) examine any document, apparatus or article stored or used in connection with the practice; (b) where a person is practising food analysis without being registered or without an annual practising certificate under this Act, seize any document, apparatus or article stored or used in connection with the practice; (c) require that any information relating to the practice as the authorized officer may specify to be provided to him; (d) inspect any procedure or test performed or carried out by the food analyst, to ensure compliance with the guidelines issued by the Council; and (e) inspect, take, make copies of, or make extracts from, any record found in the premises. (2) Any person who— (a) intimidates or obstructs an authorized officer in the performance of such authorized officer’s duty; (b) refuses to permit an authorized officer to examine any document, apparatus or article; (c) refuses to produce any document, apparatus or article for examination by an authorized officer; (d) refuses to surrender any document, apparatus or article to an authorized officer; (e) refuses to provide any information required by an authorized officer; or (f) attempts to do any of the acts specified in paragraphs (a) to (e), commits an offence. (3) Where an authorized officer seizes and seals any document, apparatus or article, he shall give a signed receipt for the document, apparatus or article. (4) An authorized officer exercising power under this section shall produce his authority card on demand.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memasuki premis, memeriksa dan menyita dokumen, dsb.

(1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa, memasuki mana-mana premis di mana seseorang juruanalisis makanan berdaftar sedang menjalankan amalan menganalisis makanan atau di mana terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang itu sedang menjalankan amalan menganalisis makanan dan menjalankan kuasa yang berikut: (a) memeriksa apa-apa dokumen, radas atau barang yang disimpan atau digunakan berkaitan dengan amalan itu; (b) jika seseorang itu menjalankan amalan menganalisis makanan tanpa didaftarkan atau tanpa perakuan amalan tahunan di bawah Akta ini, menyita apa-apa dokumen, radas atau barang yang disimpan atau digunakan berkaitan dengan amalan itu; (c) mengkehendaki apa-apa maklumat yang berhubungan dengan amalan itu sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai diberi kuasa supaya diberikan kepadanya; (d) memeriksa apa-apa tatacara atau ujian yang dilakukan atau dijalankan oleh juruanalisis makanan, untuk memastikan pematuhan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis; dan (e) memeriksa, mengambil, membuat salinan, atau membuat cabutan daripada, apa-apa rekod yang dijumpai di dalam premis itu. (2) Mana-mana orang yang— (a) mengugut atau menghalang pegawai diberi kuasa dalam melaksanakan kewajipan pegawai diberi kuasa itu; (b) enggan untuk membenarkan pegawai diberi kuasa untuk memeriksa apa-apa dokumen, radas atau barang; (c) enggan untuk mengemukakan apa-apa dokumen, radas atau barang untuk diperiksa oleh pegawai diberi kuasa; (d) enggan untuk menyerahkan apa-apa dokumen, radas atau barang kepada pegawai diberi kuasa; (e) enggan untuk memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa; atau (f) cuba untuk melakukan mana-mana perbuatan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e), melakukan suatu kesalahan. (3) Jika pegawai diberi kuasa menyita dan memeterai apa-apa dokumen, radas atau barang, dia hendaklah memberikan penerimaan yang ditandatangani bagi dokumen, radas atau barang itu. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan kuasa di bawah seksyen ini hendaklah mengemukakan kad kuasanya apabila diminta.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 727 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next