Food Analysts Act 2011 s 5
s 5 Functions and powers of the Council
(1) The Council shall have the following functions:
(a) to perform the duties and functions and exercise the powers provided in this Act;
(b) to determine and regulate the professional conduct and ethics of food analysts and to issue any code of ethics for food analysts;
(c) to determine the scale of fees to be charged by registered food analysts for services rendered;
(d) to hear and determine disputes relating to the professional conduct or ethics of registered food analysts and to establish committees or appoint arbitrators to hear and determine such disputes;
(e) to conduct examinations in association with the Malaysian Institute of Food Technology for admission to the food analysis profession;
(f) to hold or cause to be held professional development programmes for registered food analysts to further enhance their knowledge in the latest developments relating to the practise of food analysis;
(g) to issue guidelines to specify the procedures and test methods of food analysis; and
(h) to do such other things as it considers fit to enable it to perform its functions effectively or that are incidental to the performance of its functions.
(2) The Council shall have all such powers as may be necessary for, or in connection with, or reasonably incidental to, the performance of its functions under subsection (1).
(3) The Council shall not borrow or raise money in any manner without the prior approval of the Minister and the Minister of Finance.
Malay text (authoritative)
Fungsi dan kuasa Majlis
(1) Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a) untuk melaksanakan kewajipan dan fungsi dan menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta ini;
(b) untuk menentukan dan mengawal selia kelakuan dan etika profesional juruanalisis makanan dan untuk mengeluarkan kod etika bagi juruanalisis makanan;
(c) untuk menentukan skala fi yang akan dikenakan oleh juruanalisis makanan berdaftar bagi perkhidmatan yang diberikan;
(d) untuk mendengar dan menentukan pertikaian yang berhubungan dengan kelakuan atau etika professional juruanalisis makanan berdaftar dan untuk menubuhkan jawatankuasa atau melantik penimbang tara untuk mendengar dan menentukan pertikaian itu;
(e) untuk menjalankan peperiksaan dengan kerjasama Institut Teknologi Makanan Malaysia bagi penerimaan masuk ke dalam profesion analisis makanan;
(f) untuk mengadakan atau menyebabkan supaya diadakan program pembangunan profesional bagi juruanalisis makanan berdaftar untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam perkembangan terkini berhubung dengan amalan analisis makanan;
(g) untuk mengeluarkan garis panduan bagi menentukan tatacara dan kaedah ujian analisis makanan; dan
(h) untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
(2) Majlis hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah subseksyen (1).
(3) Majlis tidak boleh meminjam atau mendapatkan wang dengan apa-apa cara tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 727 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).