Trade Descriptions Act 2011 s 14
s 14 False or misleading indication as to price of goods
(1) A person who offers to supply any goods shall not make any false or misleading indication, by any means, whether direct or indirect—
(a) that the price at which the goods are offered is equal to or less than the recommended price;
(b) that the goods are being offered at a price less than that at which they are in fact being offered; or
(c) that the goods are being offered at a price less than being offered by any other person.
(2) Where any person is charged with an offence under this section, the onus of proving that—
(a) the price of the goods offered by him is less than the price offered by any other person; or
(b) the existence and terms of any recommended price relied upon or that the requirements of subsection (3) have been complied with,
shall be upon the person charged.
(3) For the purposes of this section—
(a) an indication as to a recommended price—
(i) shall be treated, unless the contrary is expressed, as an indication that it is a price recommended by the manufacturer or producer; and
(ii) shall be treated, unless the contrary is expressed, as an indication that it is a price recommended generally for supply by retail in the area where the goods are offered;
(b) anything likely to be taken as an indication as to a recommended price shall be treated as such an indication; and
(c) any person advertising goods as available for supply shall be taken as offering to supply them.
Malay text (authoritative)
Petunjuk palsu atau yang mengelirukan tentang harga barang-barang
(1) Seseorang yang menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang tidak boleh membuat apa-apa petunjuk palsu atau yang mengelirukan, dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung—
(a) bahawa harga barang-barang yang ditawarkan itu adalah sama dengan atau lebih rendah daripada harga yang disyorkan;
(b) bahawa barang-barang itu ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada harga yang sebenarnya ditawarkan; atau
(c) bahawa barang-barang itu ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh manamana orang lain.
(2) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini, beban untuk membuktikan bahawa—
(a) harga barang-barang yang ditawarkan olehnya adalah lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh manamana orang lain; atau
(b) kewujudan dan terma apa-apa harga yang disyorkan yang padanya dia bergantung atau bahawa kehendak subseksyen (3) telah dipatuhi,
hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.
(3) Bagi maksud seksyen ini—
(a) suatu petunjuk tentang suatu harga yang disyorkan—
(i) hendaklah dikira, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, sebagai suatu petunjuk bahawa ia suatu harga yang disyorkan oleh pembuat atau pengeluarnya; dan
(ii) hendaklah dikira, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, sebagai suatu petunjuk bahawa ia suatu harga yang disyorkan pada amnya untuk pembekalan secara jualan runcit di kawasan tempat barang-barang itu ditawarkan;
(b) apa-apa jua yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk tentang suatu harga yang disyorkan hendaklah dianggap sebagai suatu petunjuk sedemikian; dan
(c) mana-mana orang yang mengiklankan barang-barang sebagai ada untuk pembekalan hendaklah dikira sebagai menawarkan untuk membekalkannya.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 730 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 11 January 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).