s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“this Act” includes any subsidiary legislation made under this Act;
“goods” includes ships, aircrafts, vehicles, animals, plants and crops and all kinds of movable property;
“electronic” means the technology of utilizing electrical, optical, magnetic, electromagnetic, biometric, photonic or other similar technology;
“advertisement” means every form of advertising (whether or not accompanied by or in association with spoken or written words or other writing or sounds and whether or not contained or issued in a publication) by the display of notices or by means of catalogues, price lists, circulars, labels, cards or other documents or materials or by the exhibition of films or of pictures or photographs, or by means of radio or television, or in any other way including through electronic means;
“ship” includes any boat and any other description of vessel used in navigation;
“precious metal” means gold, silver or platinum in its fine form or gold, silver or platinum alloy;
“supply” means—
(a) in relation to goods, the supply, including resupply, by way of sale, exchange, lease, hire or hire-purchase of the goods; and
(b) in relation to services, the provision by way of sale, grant or conferment of the services,
by any means including through electronic means.
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for domestic trade and consumerism;
“Controller” means the Controller of Trade Descriptions appointed under section 3;
“Assistant Controller” means the Assistant Controller of Trade Descriptions appointed under section 3;
“service” means a service of any description, whether industrial, trade, professional or otherwise but does not include anything done under contract of service;
“premises” means any place, stationary or otherwise established or set up by any person, whether such place is with or without enclosure, and includes vehicles, aircrafts, ships and any other vessel;
“standard of fineness”, in relation to articles made of precious metals, means the number of parts by weight of fine gold, silver or platinum in one thousand parts by weight of precious metal;
“publish”, in relation to an advertisement, means to place the advertisement before the public or any member of the public by any means, including through electronic means;
“Deputy Controller” means the Deputy Controller of Trade Descriptions appointed under section 3.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“barang-barang” termasuk kapal, pesawat udara, kenderaan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan hasil tanaman dan semua jenis harta alih;
“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, fotonik atau teknologi lain yang seumpamanya;
“iklan” ertinya tiap-tiap bentuk pengiklanan (sama ada atau tidak disertai dengan atau dikaitkan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau dengan tulisan atau bunyi lain dan sama ada atau tidak terkandung atau diterbitkan dalam terbitan) dengan cara mempamerkan notis atau melalui katalog, senarai harga, pekeliling, label, kad atau dokumen atau bahan lain atau dengan menunjukkan filem atau gambar atau fotograf, atau melalui radio atau televisyen, atau dengan apa-apa cara lain termasuk melalui cara elektronik;
“kapal” termasuk apa-apa bot dan apa-apa perihalan lain vesel yang digunakan dalam pelayaran;
“logam berharga” ertinya emas, perak atau platinum dalam bentuk tulen atau aloi emas, perak atau platinum;
“membekalkan” ertinya—
(a) berhubung dengan barang-barang, pembekalan, termasuk pembekalan semula, secara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli barang-barang itu; dan
(b) berhubung dengan perkhidmatan, ertinya pengadaan secara penjualan, pemberian atau pembekalan perkhidmatan itu,
melalui apa-apa cara termasuk melalui cara elektronik;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan;
“Pengawal” ertinya Pengawal Perihal Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 3;
“Penolong Pengawal” ertinya Penolong Pengawal Perihal Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 3;
“perkhidmatan” ertinya apa-apa perihalan perkhidmatan, sama ada perindustrian, perdagangan, profesional atau selainnya tetapi tidak termasuk apa-apa yang dibuat di bawah kontrak perkhidmatan;
“premis” ertinya apa-apa tempat, yang tidak bergerak atau sebaliknya yang ditubuhkan atau didirikan oleh mana-mana orang, sama ada tempat itu ada atau tiada kepungan, dan termasuklah kenderaan, pesawat udara, kapal dan apa-apa vesel lain;
“standard ketulenan”, berhubung dengan barang yang dibuat daripada logam berharga, ertinya bilangan bahagian mengikut berat emas, perak atau platinum tulen dalam seribu bahagian mengikut berat logam berharga;
“terbit”, berhubung dengan sesuatu iklan, ertinya menunjukkan iklan kepada orang awam atau mana-mana orang awam melalui apaapa cara, termasuk melalui cara elektronik;
“Timbalan Pengawal” ertinya Timbalan Pengawal Perihal Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 3.