s 28 Definition orders
(1) Where it appears to the Minister—
(a) that it would be in the interest of persons to whom any goods are supplied or any services are provided; or
(b) that it would be in the interest of persons by whom any goods are exported and would not be contrary to the interest of persons to whom such goods are supplied in Malaysia,
that any expression used in relation to the goods or services should be understood as having definite meanings, the Minister may by order, assign such meanings either—
(A) to those expressions when used in the course of trade or business as, or as part of, a trade description applied to the goods or services; or
(B) to those expressions when so used in such circumstances as may be specified in the order,
and where such a meaning is so assigned to an expression it shall be deemed for the purposes of this Act to have that meaning when used as mentioned in paragraph (A) or, as the case may be, paragraph (B).
(2) It is an offence for any person who uses the expression which has been defined in the order specified in subsection (1) as a trade description of goods or services, in order to mislead or confuse the person who wants to buy or obtain the goods or services, as if the goods or services were supplied according to the definition given to that expression.
(3) Any person who commits an offence under this section shall, on conviction, be liable—
(a) if such person is a body corporate, to a fine not exceeding five million ringgit, and for a second or subsequent offence, to a fine not exceeding ten million ringgit; or
(b) if such person is not a body corporate, to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and for a second or subsequent offence, to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.
Malay text (authoritative)
Perintah takrif
(1) Jika ternyata pada Menteri—
(a) bahawa adalah demi kepentingan orang yang kepadanya apa-apa barang dibekalkan atau apa-apa perkhidmatan diadakan; atau
(b) bahawa adalah demi kepentingan orang yang olehnya apa-apa barang dieksport dan tidak berlawanan dengan kepentingan orang yang kepadanya barang-barang itu dibekalkan di Malaysia,
bahawa apa-apa ungkapan yang digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan itu patut difahami sebagai mempunyai pengertian yang tertentu, Menteri boleh melalui perintah, memberikan apa-apa pengertian sama ada—
(A) kepada ungkapan itu apabila digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai, atau sebagai sebahagian daripada, suatu perihal dagangan yang digunakan bagi barang-barang atau perkhidmatan itu; atau
(B) kepada ungkapan itu apabila digunakan sedemikian dalam apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu,
dan jika suatu pengertian diberikan sedemikian kepada suatu ungkapan ia hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai mempunyai pengertian itu apabila digunakan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (A) atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, perenggan (B).
(2) Menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang menggunakan ungkapan yang telah ditakrifkan dalam perintah yang dinyatakan dalam subseksyen (1) sebagai perihal dagangan bagi barang-barang atau perkhidmatan, dengan tujuan untuk memperdaya atau mengelirukan orang yang mahu membeli atau mendapatkan barang-barang atau perkhidmatan itu, seolah-olah barang-barang atau perkhidmatan itu dibekalkan menurut takrif yang diberikan kepada ungkapan itu.
(3) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan—
(a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau
(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.