s 45 Prohibition from carrying on money services business on behalf of a licensee
(1) No person shall carry on money services business on behalf of a licensee unless the person is—
(a) a company;
(b) appointed by a licensee under section 43; and
(c) duly registered by the Bank as a money services business agent under section 44.
(2) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.
Malay text (authoritative)
Larangan menjalankan perniagaan perkhidmatan wang bagi pihak pemegang lesen
(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan wang bagi pihak seseorang pemegang lesen melainkan jika orang itu ialah—
(a) suatu syarikat;
(b) dilantik oleh seseorang pemegang lesen di bawah seksyen 43; dan
(c) didaftarkan dengan sewajarnya oleh Bank sebagai ejen perniagaan perkhidmatan wang di bawah seksyen 44.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).