(1) Where a report or any part thereof has been produced in any form in respect of a licensee or money services business agent by the Bank upon an examination under section 48 or 49, the report shall not be disclosed by the licensee or money services business agent or any of its directors, chief executive officers, employees or auditors to any other person except in the circumstances provided under subsection (2).
(2) Disclosure of the report referred to in subsection (1) may be made—
(a) by the licensee or money services business agent, to any of its directors, chief executive officers, employees or auditors solely in connection with the performance of the duties of such person, as the case may be;
(b) by the licensee or money services business agent, in compliance with an order of court; or
(c) by the licensee or money services business agent, to any other person with the prior written approval of the Bank.
(3) In granting a written approval for any disclosure under paragraph (2)(c), the Bank may impose such conditions as it considers appropriate.
(4) The obligation on a director, chief executive officer, employee or auditor referred to in subsection (1) shall continue after the termination or cessation of his appointment or employment with the licensee or money services business agent.
(5) Any person who has any document or information which to his knowledge has been disclosed in contravention of subsection
(1) shall not disclose the same to any other person.
(6) Any person who contravenes subsection (1), (4) or (5) or fails to comply with any condition imposed under subsection (3) commits an offence.
Malay text (authoritative)
Kerahsiaan laporan pemeriksaan
(1) Jika suatu laporan atau mana-mana bahagian daripada laporan itu telah dikeluarkan dalam apa-apa bentuk berkenaan dengan seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang oleh Bank selepas suatu pemeriksaan di bawah seksyen 48 atau 49, laporan itu tidak boleh dizahirkan oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu atau oleh manamana pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya, pekerjanya atau juruauditnya kepada mana-mana orang lain kecuali dalam hal keadaan yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2).
(2) Penzahiran laporan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dibuat—
(a) oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu kepada mana-mana pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya, pekerjanya atau juruauditnya semata-mata berhubung dengan pelaksanaan kewajipan oleh orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b) oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, bagi mematuhi suatu perintah mahkamah; atau
(c) oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, kepada mana-mana orang lain dengan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu.
(3) Dalam memberikan sesuatu kelulusan bertulis bagi apa-apa penzahiran di bawah perenggan (2)(c), Bank boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar.
(4) Obligasi seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pekerja atau juruaudit yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah berterusan selepas penamatan atau pemberhentikan pelantikannya atau pekerjaannya dengan pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu.
(5) Mana-mana orang yang mempunyai apa-apa dokumen atau maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (1) tidak boleh menzahirkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.
(6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (4) atau
(5) atau tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).