My bookmarksSign up free
← Money Services Business Act 2011

Money Services Business Act 2011 s 73

Money Services Business Act 2011 s 73

s 73 Power of the Bank to issue directives

(1) Where the Bank is of the opinion that— (a) a licensee or money services business agent— (i) is carrying on money services business in a manner detrimental to the interests of its customers or the public generally; (ii) is contravening or has contravened any provision of this Act or any regulations made under this Act; (iii) has failed to comply with any guidelines, circulars, standards or notices issued by the Bank under section 74, as the case may be; or (iv) has become or is likely to become unable to meet all or any of its obligations under this Act; or (b) it is necessary to do so as a result of any examination or investigation under this Act, the Bank may issue a directive in writing to— (A) prohibit a licensee or money services business agent from carrying on all or such part of its business as may be set out in the directive; (B) prohibit the licensee or money services business agent from doing or performing any act or function connected with all or such part of its business as may be set out in the directive; (C) suspend the business of a licensee or money services business agent to such extent and for such period as may be necessary to give effect to the prohibitions under paragraph (A) or (B); (D) empower the Bank to take into its custody or control, document, property or effects of the licensee or money services business agent of a licensee; or (E) require a licensee or money services business agent to take any step, take any action, do or refrain from doing any act or thing, whatsoever, which in the opinion of the Bank is necessary to remedy the situation, as the case may be. (2) In giving any directive under subsection (1), the Bank may include requirements of a consequential, ancillary or incidental nature to be complied with by the licensee or money services business agent and the Bank may impose such terms, conditions and requirements as the Bank deems fit. (3) Where the Bank proposes to issue a written directive under subsection (1) to a licensee or money services business agent, the Bank shall give such person written notice setting out the proposed action and the grounds for such action. (4) The licensee or money services business agent shall be given an opportunity to make written representation to the Bank within fourteen days from the date of the written notice. (5) Where the Bank considers that any delay in giving the directive to a licensee or money services business agent under this section would be detrimental to the interests of customers or the public, the Bank may give the directive and the opportunity to make representation under subsection (4) shall be given immediately after the decision to give the directive has been made and in consequence of the representation, the Bank, may confirm or revoke the directive. (6) Where no written representation is received by the Bank within the period specified under subsection (4), the Bank shall proceed with the proposed action under subsection (3) by written notice. (7) Where written representation is received, the Bank shall, after considering the representation, give the licensee or money services business agent written notice of its decision. (8) A decision to take action under subsection (6) or (7) shall take effect immediately or at any date as the Bank may specify in its written notice, as the case may be. (9) Where the Bank decides under subsection (7) not to take any action, the Bank may impose such conditions on the licensee or money services business agent, as the case may be, as it may specify in the directive given under that subsection. (10) The licensee or money services business agent shall comply with any directive issued under this section within such time as the Bank may determine. (11) A licensee or money services business agent shall cease its business where the proposed action or decision taking effect under subsection (8) relates to the suspension of the business, and such suspension shall not operate as to affect— (a) any agreement, transaction or arrangement relating to the business entered into by the licensee or money services business agent, as the case may be; or (b) any right, claim, obligation or liability arising under any such agreement, transaction or arrangement, as the case may be, prior to the suspension of the business. (12) The satisfaction of the Bank under subsection (1) that any of the provisions of this Act or any regulations made under this Act has been contravened or that any guidelines, circulars, standards or notices has not been complied with by a licensee or money services business agent may be arrived at regardless as to whether or not there is any prosecution for the contravention or non-compliance. (13) A licensee or money services business agent shall not have any claim whatsoever against the Bank or be entitled to compensation from the Bank for any damage or loss suffered by or caused to him by such directives issued by the Bank under subsection (1). (14) Any person who— (a) fails to comply with any condition imposed under subsection (9) commits an offence; or (b) contravenes subsection (10) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa Bank untuk mengeluarkan arahan

(1) Jika Bank berpendapat bahawa— (a) seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang— (i) sedang menjalankan perniagaan perkhidmatan wang dengan cara yang memudaratkan kepentingan pelanggannya atau kepentingan awam secara amnya; (ii) sedang melanggar atau telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini; (iii) telah tidak mematuhi mana-mana garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 74, mengikut manamana yang berkenaan; atau (iv) telah menjadi atau mungkin akan menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemua atau manamana obligasinya di bawah Akta ini; atau (b) perlu untuk berbuat demikian oleh sebab apa-apa pemeriksaan atau penyiasatan di bawah Akta ini, Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis untuk— (A) melarang seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang daripada menjalankan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perniagaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu; (B) melarang seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang daripada melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan atau fungsi berkaitan dengan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perniagaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu; (C) menggantung perniagaan seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang pada apa-apa takat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang perlu untuk memberikan kuat kuasa kepada larangan di bawah perenggan (A) atau (B); (D) memberi Bank kuasa untuk mengambil ke dalam jagaannya atau kawalannya, dokumen, harta atau harta persendirian pemegang lesen itu atau ejen perniagaan perkhidmatan wang seseorang pemegang lesen; atau (E) menghendaki seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang supaya mengambil apa-apa langkah, mengambil apa-apa tindakan, melakukan atau menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan atau benda, apa jua pun, yang pada pendapat Bank adalah perlu untuk meremedi keadaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Dalam memberikan apa-apa arahan di bawah subseksyen (1), Bank boleh memasukkan kehendak yang berbangkit, bersampingan atau berdampingan sifatnya untuk dipatuhi oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu dan Bank boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan kehendak sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank. (3) Jika Bank bercadang untuk mengeluarkan suatu arahan secara bertulis di bawah subseksyen (1) kepada seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang, Bank hendaklah memberi orang itu suatu notis bertulis yang menyatakan tindakan yang dicadangkan dan alasan bagi tindakan itu. (4) Pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu. (5) Jika Bank berpendapat bahawa apa-apa kelengahan dalam mengeluarkan arahan kepada seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang di bawah seksyen ini akan memudaratkan kepentingan pelanggan atau orang awam, Bank boleh mengeluarkan arahan itu dan peluang untuk membuat representasi di bawah subseksyen (4) hendaklah diberikan sebaik selepas keputusan untuk memberikan arahan itu dibuat dan susulan daripada representasi itu, Bank boleh mengesahkan atau membatalkan arahan itu. (6) Jika tiada representasi bertulis diterima oleh Bank dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), Bank hendaklah melalui notis bertulis meneruskan tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen (3). (7) Jika representasi bertulis diterima, Bank hendaklah, setelah mempertimbangkan representasi itu, memberi pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu suatu notis bertulis tentang keputusannya. (8) Suatu keputusan untuk mengambil tindakan di bawah subseksyen (6) atau (7) hendaklah berkuat kuasa dengan sertamerta atau pada apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam notis bertulisnya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (9) Jika Bank membuat keputusan di bawah subseksyen (7) untuk tidak mengambil apa-apa tindakan, Bank boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang dinyatakannya dalam arahan yang diberikan di bawah subseksyen itu. (10) Pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diputuskan oleh Bank. (11) Seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang hendaklah memberhentikan perniagaannya jika tindakan yang dicadangkan atau keputusan yang berkuat kuasa di bawah subseksyen (8) berhubung dengan penggantungan perniagaan itu, dan penggantungan itu tidak berkuat kuasa sehingga menjejaskan— (a) apa-apa perjanjian, transaksi atau perkiraan yang berhubungan dengan perniagaan yang dibuat oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (b) apa-apa hak, tuntutan, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, transaksi atau perkiraan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum perniagaan itu digantung. (12) Kepuasan Bank di bawah subseksyen (1) bahawa manamana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilanggar atau bahawa mana-mana garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis telah tidak dipatuhi oleh seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang boleh tercapai tidak kira sama ada apa-apa pendakwaan diambil atau tidak atas pelanggaran atau ketakpatuhan itu. (13) Seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang tidak boleh membuat apa jua tuntutan terhadap Bank atau menjadi berhak kepada pampasan daripada Bank bagi apaapa kerugian atau kehilangan yang dialaminya atau berlaku ke atasnya disebabkan oleh pengeluaran arahan oleh Bank di bawah subseksyen (1). (14) Mana-mana orang yang— (a) tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (9) melakukan satu kesalahan; atau (b) melanggar subseksyen (10) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 731 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next