The Bank may, in such form and manner as it considers appropriate, publish any information as the Bank may consider necessary or expedient for the purposes of public interest, including the following information:
(a) the acceptance by any person of an offer to compound an offence under subsection 88(1);
(b) the repeal or revocation of any exemption granted under section 91;
(c) the conviction of any person for any offence under this Act; or
(d) any other action taken by the Bank against any person under this Act.
Malay text (authoritative)
Kuasa Bank untuk menyiarkan maklumat
Bank boleh, mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang difikirkannya wajar, menyiarkan apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Bank bagi maksud kepentingan awam, termasuk maklumat yang berikut:
(a) penerimaan oleh mana-mana orang mengenai suatu tawaran untuk mengkompaun sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 88(1);
(b) pemansuhan atau pembatalan apa-apa pengecualian yang diberikan di bawah seksyen 91;
(c) sabitan mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau
(d) apa-apa tindakan lain yang diambil oleh Bank terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).