My bookmarksSign up free
← Money Services Business Act 2011

Money Services Business Act 2011 s 95

Money Services Business Act 2011 s 95

s 95 Grant of licence to persons deemed to be licensed or permitted to carry on business

(1) Where the remaining period of validity of the licence or the permission referred to in section 94— (a) is less than two years from the appointed date, such person shall apply under section 5 for a licence to carry on money services business within three months from the appointed date or such further period as the Bank may specify; or (b) is two years or more from the appointed date, such person shall apply under section 5 for a licence to carry on money services business within six months from the appointed date or such further period as the Bank may specify. (2) Where the period of validity of the licence or the permission referred to in section 94 is not specified, such person shall apply under section 5 for a licence to carry on money services business within six months from the appointed date or such further period as the Bank may specify. (3) An application under subsection (1) or (2) for a licence to carry on remittance business shall be submitted together with the application to obtain the prior written approval of the Bank under section 40 to utilise a remittance system, whether its own system or the system of a third party. (4) A person referred to in paragraph 94(1)(d) shall be deemed to have obtained the written approval of the Bank under section 40 to utilise a remittance system upon the granting of such approval to a licensee under that section by the Bank. (5) The Bank may grant a licence under section 7 to a person referred to in subsection (1), or (2) with or without conditions, or refuse to grant a licence. (6) The licence or permission of a person referred to in section 94 shall be revoked— (a) if subsection (1) or (2) is not complied with, upon the expiry of the period specified in that subsection; or (b) if subsection (1) or (2) is complied with but a licence is refused under section 7, on the date of the refusal. (7) Where the Bank proposes not to grant a licence under this Act to a person referred to in section 94, the Bank shall give the person written notice setting out the intention of the Bank and the grounds for not granting the licence. (8) The person shall be given an opportunity to make written representation to the Bank within fourteen days from the date of the written notice by the Bank. (9) Where no written representation is received by the Bank within the period specified under subsection (8), the Bank shall not grant a licence. (10) Where written representation is received, the Bank shall, after considering the representation, give the person written notice of its decision. (11) Where the Bank grants a licence under section 7 to a person referred to in section 94, the licensee shall comply with the provisions of this Act by increasing its capital funds to such amount as the Bank may prescribe within one year from the date the licence is granted. (12) A licensee who fails to comply with any condition imposed under subsection (5) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Pemberian lesen kepada orang yang disifatkan sebagai dilesenkan atau dibenarkan untuk menjalankan perniagaan

(1) Jika baki tempoh sah lesen atau kebenaran yang disebut dalam seksyen 94— (a) kurang daripada dua tahun dari tarikh yang ditetapkan, orang itu hendaklah memohon di bawah seksyen 5 bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang dalam tempoh tiga bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau (b) dua tahun atau lebih dari tarikh yang ditetapkan, orang itu hendaklah memohon di bawah seksyen 5 bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang dalam tempoh enam bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. (2) Jika tempoh sah lesen atau kebenaran yang disebut dalam seksyen 94 tidak dinyatakan, orang itu hendaklah membuat permohonan di bawah seksyen 5 bagi suatu lesen perniagaan perkhidmatan wang dalam tempoh enam bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. (3) Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) atau (2) bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang hendaklah dikemukakan berserta dengan permohonan untuk mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu di bawah seksyen 40 untuk menggunakan sistem pengiriman wang, sama ada sistem itu kepunyaannya sendiri atau sistem pihak ketiga. (4) Seorang yang disebut dalam perenggan 94(1)(d) hendaklah disifatkan telah mendapat kelulusan bertulis daripada Bank di bawah seksyen 40 untuk menggunakan suatu sistem pengiriman wang apabila kelulusan itu diberikan oleh Bank kepada seorang pemegang lesen di bawah seksyen itu. (5) Bank boleh memberikan suatu lesen di bawah seksyen 7 kepada seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2), dengan atau tanpa syarat, atau enggan untuk memberikan suatu lesen. (6) Lesen atau kebenaran yang diberikan kepada seseorang yang disebut dalam seksyen 94 hendaklah dibatalkan— (a) jika subseksyen (1) atau (2) tidak dipatuhi, apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen itu; atau (b) jika subseksyen (1) atau (2) dipatuhi tetapi lesen ditolak di bawah seksyen 7, pada tarikh penolakan itu. (7) Jika Bank bercadang untuk tidak memberikan suatu lesen di bawah Akta ini kepada seseorang yang disebut dalam seksyen 94, Bank hendaklah memberi orang itu suatu notis bertulis yang menyatakan niat Bank dan alasan lesen itu tidak diberikan. (8) Orang itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis daripada Bank. (9) Jika tiada representasi bertulis diterima oleh Bank dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (8), Bank tidak akan memberikan lesen itu. (10) Jika representasi bertulis diterima, Bank hendaklah, selepas mempertimbangkan representasi itu, memberikan keputusannya kepada orang itu melalui suatu notis bertulis. (11) Jika Bank memberikan suatu lesen di bawah seksyen 7 kepada seseorang yang disebut dalam seksyen 94, pemegang lesen itu hendaklah mematuhi peruntukan Akta ini dengan meningkatkan dana modalnya kepada apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank dalam tempoh satu tahun dari tarikh lesen itu diberikan. (12) Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 731 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next