My bookmarksSign up free
← National Wages Consultative Council Act 2011

National Wages Consultative Council Act 2011 s 28

National Wages Consultative Council Act 2011 s 28

s 28 Search and seizure with warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after such inquiry as he considers necessary, that there is a reasonable cause to believe that— (a) any premises have been used or are about to be used for; or (b) there is in any premises evidence necessary to the conduct of an investigation into, the commission of an offence under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing an enforcement officer named in the warrant, at any reasonable time, by day or by night and with or without assistance, to enter the premises and if need be by force. (2) A warrant issued under subsection (1) may authorize the enforcement officer to— (a) search the premises for, and to seize or remove from the premises any book of account of wages, register, financial statement or other document that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of the offence; (b) take samples of any book of account of wages, register, financial statement or other document found in the premises for the purposes of ascertaining, by examining or otherwise, whether the offence has been committed; and (c) make copies of or take extracts from any book of account of wages, register, financial statement or other document found in the premises. (3) Any book of account of wages, register, financial statement or other document shall be admissible as evidence in any proceedings in court under this Act against the person or any other person. (4) An enforcement officer entering any premises under this section may take with him such other persons and equipment as may appear to him to be necessary. (5) An enforcement officer may, in the exercise of his powers under this section, if it is necessary so to do— (a) break open any outer or inner door of the premises or any fence, enclosure, gate or other obstruction to the premises, in order to effect entry into the premises; (b) forcibly enter the premises and every part of the premises; (c) remove by force any obstruction to entry, search, seizure or removal as he is empowered to effect under this section; and (d) detain any person found in the premises until the search has been completed. (6) Where, by reason of its nature, size or amount, it is not practical to remove any book of account of wages, register, financial statement or other document seized under this section, the enforcement officer shall, by any means, seal such book of account of wages, register, financial statement or other document in the premises or container in which it is found. (7) Any person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (6) or removes the book of account of wages, register, financial statement or other document under seal or attempts to do so commits an offence.

Malay text (authoritative)

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa— (a) mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau (b) terdapat dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi pengendalian penyiasatan tentang, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai penguat kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan kekerasan. (2) Sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa untuk— (a) menggeledah premis itu bagi, dan untuk menyita atau memindahkan dari premis itu mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan tentang pelakuan kesalahan itu; (b) mengambil sampel mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pemeriksaan atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan (c) membuat salinan atau mengambil cabutan daripada manamana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang dijumpai di dalam premis itu. (3) Apa-apa buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain boleh diterima sebagai keterangan dalam manamana prosiding di dalam mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain. (4) Seseorang pegawai penguat kuasa yang memasuki manamana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamasamanya mana-mana orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu. (5) Seseorang pegawai penguat kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian— (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain kepada premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu; (b) masuk secara paksa ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu; (c) memindahkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan (d) menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai. (6) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai penguat kuasa itu hendaklah, dengan apaapa cara, mengelak buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain itu di dalam premis atau di dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (7) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6) atau memindahkan buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 732 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next