(1) The Director General may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act and prescribed to be a compoundable offence by making a written offer to the person suspected to have committed the offence to compound the offence upon payment to the Director General of an amount of money not exceeding fifty per centum of the amount of maximum fine for that offence within such time as may be specified in his written offer.
(2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or such extended time as the Director General may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made.
(3) Where an offence has been compounded under subsection
(1), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made, and any book of account of wages, register, financial statement or other document seized in connection with the offence may be released or forfeited by the Director General, subject to such terms and conditions as he thinks fit to impose in accordance with the conditions of the compound.
Malay text (authoritative)
Pengkompaunan kesalahan
(1) Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh manamana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen
(1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan mengikut syarat kompaun itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).