Kampong Bharu Development Corporation Act 2011 s 13
Kampong Bharu Development Corporation Act 2011 s 13
s 13 Disclosure of interest
(1) A member of the Corporation or any committee established under section 12 who has or acquires a direct or indirect interest whether by himself, a member of his family or his associate in relation to any matter under discussion by the Corporation or the committee shall disclose to the Corporation or the committee, as the case may be, the fact of his interest and the nature of that interest.
(2) A disclosure under subsection (1) shall be recorded in the minutes of the meeting of the Corporation or the committee, as the case may be, in which the matter is discussed and, after the disclosure, the member—
(a) shall not be present or take part in any discussion or decision of the Corporation or the committee, as the case may be, about the matter; and
(b) shall be disregarded for the purpose of constituting a quorum of the Corporation or the committee, as the case may be,
when the matter is discussed or decided upon.
(3) A member of the Corporation or a committee who fails to disclose his interest as required under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
(4) No act or proceedings of the Corporation or a committee shall be invalidated on the ground that any member of the Corporation or a committee has contravened this section.
(5) For the purposes of this section— “a member of his family”, in relation to a member of the Corporation or a committee, includes—
(a) his spouse;
(b) his parent (including a parent of his spouse);
(c) his child (including an adopted child or stepchild);
(d) his brother or sister (including a brother or sister of his spouse); and
(e) a spouse of his child, brother or sister; and
“associate”, in relation to a member of the Corporation or a committee, means—
(a) a person who is a nominee or an employee of the member;
(b) a firm of which the member or any nominee of his is a partner;
(c) a partner of the member;
(d) a trustee of a trust under which the member or a member of his family is a beneficiary; or
(e) any corporation within the meaning of the Companies Act 1965 [Act 125], of which the member or any nominee of his or a member of the member’s family is a director or has a substantial shareholding in the corporation.
Malay text (authoritative)
Penzahiran kepentingan
(1) Seseorang anggota Perbadanan atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 12 yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atau tidak langsung sama ada dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
(2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
(a) tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam manamana perbincangan atau keputusan Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
(b) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,
apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
(3) Seseorang anggota Perbadanan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(4) Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Perbadanan atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
(5) Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota Perbadanan atau jawatankuasa, termasuklah—
(a) suami atau isterinya;
(b) ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);
(c) anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);
(d) adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan
(e) suami atau isteri anaknya atau adik beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Perbadanan atau jawatankuasa, ertinya—
(a) orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
(b) firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
(c) pekongsi anggota itu;
(d) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau
(e) mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substantial dalam perbadanan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).